Isnin, 27 Julai 2009

Ulama' Tidak Dipedulikan

0 ulasan
Assalamu'alaikum...

Dengan menyebut nama Allah, Tuhan sekalian 'alam. Segala puji dan syukur hanya padanya Tuhan sekalian 'alam. Selawat serta salam buat kekasihNya Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah pada hari ini, dapat saya meneruskan kembali penulisan saya dengan izin Yang Maha Esa.

Ulama' adalah pewaris Nabi


Posting kali ini berkaitan hadis tentang peristiwa akhir zaman iaitu ulama' tidak dipedulikan. Akhir zaman ini banyak peristiwa yang berlaku termasuklah para ulama' Islam tidak dipedulikan oleh orang Islam sendiri kerana kejahilan mereka yang mengejar kebahagian dunia semata-mata. Sebagai 1 contoh kalau kita lihat di negara kita, masyarakat zaman sekarang ini terutamanya yang beragama Islam, lebih mengangungkan artis daripada ulama', menjadikan artis itu sebagai idola mahupun ikutan. Dan ini telah pun terbukti dengan adanya program-program realiti seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol ataupun seumpamanya, yang mana mempunyai jutaan peminat dan penonton, tidak kira yang tua mahupun yang muda. Dan ini adalah 1 bukti yang mana para ulama' ketika ini tidak dipedulikan oleh masyarakat.

Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: "Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama' sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang 'Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)."
(Hadis Riwayat Ahmad)


Mungkin zaman sekarang ini sudah mendekati keadaan yang telah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w ini. Masyarakat sudah agak jauh dari para ulama'. Mereka takut mendekati para ulama', kerana khuatir perbuatan mereka akan ditegur. Orang tidak segan lagi membuat maksiat walaupun di hadapan orang yang tinggi akhlaknya. terkadang, sengaja perkara maksiat itu dibuat di hadapan para ulama untuk menyatakan rasa egi dan sekaligus untuk menyinggung perasaan mereka.

Golongan ini juga pandai bercakap dan sering memutarbelitkan kenyataan. Percakapan mereka begitu halus dan memikat orang lain, padahal hati mereka adalah hati harimau yang bersedia untuk menerkam dan memangsa musuhnya.

Wallahu 'Alam.


Isnin, 20 Julai 2009

Perempuan Di Neraka

0 ulasan
Assalamu'alaikum..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Setinggi-tinggi pujian dan syukur kehadratNya Tuhan sekalian 'alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia merangkap penutup sekalian Nabi, Muhammad bin Abdullah. Alhamdulillah kiita masih lg berada di dalam bulan Rejab yang mulia, tingkatkan amalan kita untuk saham kita di sana.

Di dalam bulan Rejab, terdapat satu peristiwa penting yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w. Peristiwa ini berlaku pada tanggal 27 Rejab, iaitu peristiwa Nabi s.a.w di isra' mikrajkan. Saidina Ali r.a menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah s.a.w menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa baginda menangis.

Baginda menjawab, "Pada malam aku di isra'kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksaannya."

Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat oleh ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, manakala otaknya mendidih."

"Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya."

"Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan tangannya sampai ke ubun-ubunnya, duhulurkan ular dan kalajengking."

"Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya sinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri."

"Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuj kerana penyakit sopak dan kusta."

"Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"Kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya."

"Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang mengotori tempat tidurnya."

"Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas."

"Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan mahramnya dan suka mengumpat orang lain."

"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang bersolek dan kepada orang lain untuk bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki yang bukan mahramnya."

"Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya duhulurkan ular dan kalajengking padanya kerana ia sewaktu hidup boleh melakukan solat tetapi tidak mengamalkan atau mengerjakannya dan tidak mahu mandi junub."

"Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Setelah mendengar apa yang dikatakan baginda itu, saidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan peringatan ini bukan sahaja untuk kaum perempuan tetapi untuk kaum lelaki juga. Yang merosakkan perempuan adalah kaum sebilangan lelaki kerana iman mereka lemah dan mudah tergoda serta dengan ayat dan janji manis yang tidak akan dikotai.

Yang merosakkan kaum lelaki adalah sebilangan kaum wanita juga, kerana mendedahkan apa yang wajib ditutup, menggoda kaum lelaki yang lemah iman (cepat cair), termakan kata-kata dan janji-janji manis lelaki (dasar jantan). Jika kamu berani bermaksiat maka kamu juga berani masuk dan merasai azab api neraka.

Peringatan serta nasihat kepada diri saya dan sahabat-sahabat sekalian yang membaca, JAGALAH AURATMU, PERGAULANMU, TUTUR KATAMU, TINGKAHLAKUMU DAN MANTAPKAN IMANMU DAN TAQWAMU SEBELUM DILAKNAT DAN DI AZAB OLEH ALLAH SWT!

Wallahu 'Alam.

Ahad, 12 Julai 2009

Dibunuh Kerana Bertudung, Mengapa Berita Ini Ditutup?

0 ulasan

Thursday, July 09, 2009: Seorang wanita Muslim Mesir di bunuh di dalam mahkamah Jerman, apa anda fikir?

Assalamu'alaikum...

Kisah yang menyayat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarkannya sebagai 'Terorist', kerana berliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau BERTUDUNG!!!

Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.

Anda tau apa yang berlaku sesudah itu?

Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4 bulan...tragis bukan??

However last wednesday, Alex stabbed her 18 timee to
death in a German courtroom after the judges
announced she won the case against him, and that he
had to pay 2,800 Euro as a fine for his previous insults.. Lagi di sini.

Belum cukup tragis lagi, ada lagi. Suami Marwa yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan.....akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah...tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang melihat kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwa. Nah...ini betul-betul tragis.

Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18 kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya berkesudahan ditembak.

Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan?

Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya." Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita.

Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah keran darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermmm...logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.

Mungkin ada antara yang memberi entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapa perlu dihebohkan. Ada bukan? ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka-mereka ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China, atau ada antara anda masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.

p/s: Sila panjangkan cerita ini supaya kebenaran itu terserlah. Ingat!! Rasulullah pernah pertahankan aurat wanita rakyatnya hingga ke peringkat negara, begitu juga zaman pemerintahan selepasnya. Contohnya zaman pemerintahan Al-Muktasim, Khalifah sanggup menghantar angkatan tentera hanya kerana aurat seorang Muslimah, begitu juga dalam sejarah Islam masuk ke India juga ada kene mengena dengan aurat seorang Muslimah. Soal maruah dan penghinaan agama bukan soal kecil!! Mati syahid dalam pertahankan maruah agama yang diinjak-injak atau dipijak-pijak.

Wallahu 'Alam.

sumber : http://www.ibnuhasyim.com/2009/dibunuh-kerana-bertudung-mengapa-berita.html

Jumaat, 10 Julai 2009

Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak Di Rogol & Cabul

1 ulasan
Assalamu'alaikum...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji hanya bagi Allah Tuhan sekalian 'alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.

Saban hari kita dengar dan lihat di kaca tv dan di dada akhbar, tentang masalah berkaitan rogol dan cabul sampai ke hari ini masih hangat diperkatakan. Setiap kali baca akhbar ada saja kes berkaitan rogol dan cabul ini, seolah-olah kes ini sudah menjadi satu fenomena yang melanda Negara kita ketika ini. Hari ini kalau kita baca di surat khabar Metro, seorang warga emas yang kemaruk seks merogol seorang wanita kurang upaya, bukan sekali malah 4 kali sehingga wanita itu mengandung sudah 5 bulan. Kejadian ini berlaku di Kota Bharu. Dan banyak lagi kes yang berlaku sebelum ini. Di manakah letaknya sifat perikemanusian mereka? sehingga mereka sanggup melakukan sedemikian rupa. Mana letaknya sifat malu mereka terhadap manusia khususnya terhadap Allah s.w.t? Mana perginya iman mereka?

Posting kali ini berkaitan doa dari hadis sohih khusus untuk mengelakkan wanita di rogol dan di cabul. Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dasyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Doa dari hadis sohih perlindungan setiap kali keluar rumah, iaitu :-

رسول الله يقول من قال بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم ثلاث مرات لم نصبه فجأة بلاء حتي يصبح ومن فالها حين يصبح ثلاث مرات لم نصبه فجأة بلاء حتي يمسي

Dalam sebutan rumi : BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SMA'IE, WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM.

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tida dimudharatkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tudak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membaca ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" (Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidzi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللهم ان كنت تعلم اني اّمنت بك وبرسلك وأحصنت فرجي الا علي زوجي فلا تسلط علي الكافر

Dalam sebutan rumi : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA WA AZ-ZALIM.

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepadaMu dan RasulMu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim." (Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97 ; Musnad Ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393 ; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih)

Semoga ia dapat dilafaz dan di amalkan oleh semua wanita msulimah, cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan RasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatannya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam, sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.r tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya mematuhi syariat yang telah ditetapkan islam itu sendiri. Renugkan dan fikirkanlah wahai wanita muslimah......

Wallahu 'Alam

Sumber : Zaharuddin Abd Rahman - http://www.zaharuddin.net

Khamis, 9 Julai 2009

Menguap Menurut Islam

0 ulasan

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.w.t suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucap 'Yarhamkallah'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.
(Hadis Riwayat Bukhari)


Daripada Abu Said Al-Khudri r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yang terbuka". (Riwayat Imam Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu."
(Hadis Riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tarmidzi)


Daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.w.t membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin."
(Hadis Riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tarmidzi)


Pengajaran daripada maksud hadis, antara adab-adab menguap & bersin:
1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucap "Alhamdulillah" & orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamkallah".

5. Sunat mengucap "Astaghfirullah" selepas menguap.

Wallahu 'Alam.


Selasa, 7 Julai 2009

Larangan Menampakkan Perhiasan Kepada Lelaki Yang Bukan Mahramnya

1 ulasan
Assalamu'alaikum...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji hanya bagi Allah Tuhan sekalian 'alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Marilah kita sama-sama perbanyakkan selawat ke atas baginda di bulan Rejab yang mulia ini, mudah-mudahan kita akan memperoleh syafaatnya di akhirat nanti.

Posting kali ini berkenaan Agama melarang wanita menampakkan perhiasan mereka kepada lelaki yang bukan mahramnya. Kemuskilan kaum wanita yang terjadi pada zaman sekarang ini adalah tentang cara berhias mereka, senang dan mudah berkumpul dan mengerjakan hal-hal yang tidak berguna dan bermanfaat di pusa-pusat keramaian. Semua itu merupakan perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t dan RasulNya.


Yang dimaksudkan dengan wanita yang senang mempamerkan perhiasannya adalah seorang wanita yang senang menampakkan diri di hadapan lelaki dengan segala keindahan yang akan mengundang perhatian kaum lelaki. Misalnya dengan cara pemakaiannya, ucapannya, cara berjalannya mahupun semua sikap yang mendatangkan keghairahan lelaki terpikat kepadanya.

Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud :

"Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu." (surah al-Ahzab :33)

Mujahid mengatakan. "Wanita yang keluar rumah yang berjalan dihadapan lelaki yang bukan mahramnya telah bertabarruj (bersolek) dengan tabarruj jahiliyah.

Tabarruj adalah menampakkan keelokan tubuh dan kecantikan wajah atau seperti kata Imam Bukhari, "Tabarruj adalah perbuatan wanita yang mempamerkan segala kecantikan miliknya."

Sedangkan Qatadah berkata, "Kaum wanita memiliki kesenangan berjalan-jalan dan bersikap manja, dan Allah s.w.t melarang semuanya itu." (Tafsir Al-Quran Al-'Azim, Qatadah 3/482)

Untuk menjaga masyarakat dari bahaya ini dan menjaga tubuh wanita dari tindakan jahat, hendaklah mereka supaya tetap mempunyai rasa malu dan kehormatan demi untuk menghindarkan kaum lelaki agar jangan mudah tertipu dan tersungkur dalam kenistaan, maka Allah melarang wanita dari menampakkan perhiasannya, firman Allah yang bermaksud:

"Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kehormatan mereka (daripada perkara haram) dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya (wajah dan kedua-dua tapak tangan) dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak-anak mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan islam atau hamba-hamba mereka yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang 'aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang yang beriman, agar kamu berjaya." (an-Anur :31)

Ingatlah wahai wanita muslimah akan firman Allah "Dan janganlah menampakkan perhiasannya." Perlu diketahui bahawa perhiasan itu tidak tertentu pada bahagian anggota tubuh badan atau pakaian. Ayat tersebut secara tegas menunjukkan bahawa setiap anggota tubug boleh jadi merupakan perhiasan dan punca dari timbulnya rangsangan dan wanita yang bertaqwalah yang dapat menghargai hal itu, kerana alasan takut akan siksa dan murka Allah.

Dari Abu Hurairah r.a, beliau menceritakan, Rasulullah s.a.w telah bersabda, ertinya: "Ada 2 kelompok penghuni neraka yang belum pernah aku melihatnya, iaitu : suatu kaum yang bersamanya cemeti seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang, dan wanita-wanita berpakaian tetapi bertelanjang, kepalanya seperti punuk unta yang senget, mereka tidak akan masuk syurga, tidak juga dapat mencium bau syurga, sesungguhnya bau syurga dapat dicium dari jarak ini dan itu."
(Hadis Riwayat Muslim)


Saudari-saudariku, perhatikanlah ancaman yang sangat menyeramkan dan juga azab yang amat pedih itu bagi wanita yang merasa bangga dengan kecantikannya di hadapan lelaki yang bukan mahramnya. Sejenak dia kelihatan gembira dan bahagia, padahal di akhirat kelak, perbuatan itu merupakan salah satu faktor diharamkannya memasuki syurga, dan sebaliknya akan dimasukkan ke dalam neraka.

katakan tak nak pada tabarruj!!!

Semoga Allah senantiasa memberikan keampunan kepada kalian wahai saudariku, atas kekhilafan kalian memperlihatkan perhiasan di hadapan lelaki yang bukan mahram kamu, baik secara sengaja tidak mengenakan hijab yang telah ditetapkan syari'at mahupun dengan memakai wangi-wangian pada setiap kali keluar rumah supaya mereka (lelaki) mencium baunya. Sesungguhnya itu akan mendatangkan siksaan dan azab Allah pada hari kiamat kelak.

Wallahu 'Alam.

Ahad, 5 Julai 2009

Perempuan, Isteri & Poligami.

0 ulasan
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji hanya bagi Allah Tuhan sekalian 'alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Posting kali ini berkenaan perempuan, isteri & poligami. Ada apa pada mereka? baca point-point tersebut :-

1. Kalau seorang perempuan keluar dengan bersolek dan menampakkan auratnya, disenangi pula oleh suaminya, menunjukkan jiwa suaminya telah mati, dayus namanya kerana sanggup jadikan isteri saham bersama, cuma dia dapat saham lebih utama.

2. Banyak isteri yang kasih, tapi payah cari yang setia, yang paling susah mendapatkan perempuan yang kasih dan setia.

3. Alangkah bertuahnya seorang itu selepas beriman isterinya banyak setia belaka, anaknya banyak menurut kata, sahabat-sahabatnya banyak menolong perjuangannya, ibu dan ayahnya senang hati mendoakannya.

4. Kalau seorang isteri itu dapat dinikmati bersama orang lain walaupun setakat memandangnya suami dayus namanya, isterinya khianat.

5. Perempuan itu cantiknya mempesona, cintanya pada kita melalaikan, bencinya pada kita binasa.

6. Biasanya seorang perempuan bila berkahwin dengan orang besar ia merasa lebih besar daripada suaminya betapalah ia menjadi orang besar, jangan haraplah suami dapat mengarah-arahkannya. Biasanya suaminya jadi orang suruhannya.

7. Diantara hiburan seorang suami selain daripada kesolehan isterinya boleh bertukar buah fikiran dengan isterinya, boleh mengingat buah fikiran suaminya, boleh menerima ilmu yang diberi, dapat menyampaikan sebagaimana yang diterima, boleh memberi semangat kepada suaminya di saat suaminya diuji.

8. Biasanya perempuan yang cantik itu selalu bersolek bahkan berlebih-lebih pula kerana hendak menutup ketidak cantikkannya.

9. Bila isteri lebih masyhur daripada suami rasa bertuah dalam derita, kalau suami masyhur daripada isteri, isterinya rasa bertuah dalam kebanggaan.

10. seorang lelaki walau bagaimana cinta dengan isterinya sekalipun kalau isterinya mati dia mahu cepat-cepat kahwin lagi, tapi bagi perempuan yang cintakan suami kalau suaminya mati dia payah untuk kahwin lagi kecualu kalau ia ditekan oleh sesuatu keadaan.

11. Biasanya kemasyhuran seorang anak boleh menaikkan imej bapanya atau ibunya, kalau kemasyhuran bapanya atau ibunya bertuah anaknya, tetapi kemasyhuran seorang isteri boleh terhina suaminya.

12. Diantara watak manusia di akhir zaman orang gaji berlagak seperti isteri, isteri berlagak seperti suami, di waktu itu para suami kehilangan isteri dalam masa beristeri.

13. Orang yang bermadu itu macam orang makan madu, sekali-sekala tersedak juga oleh kerana manisnya.

14. Kalau isteri-isteri yang bermadu itu boleh tolak ansur tentang haknya kerana sesuai dengan kedudukannya, ini menunjukkan perempuan luar biasa. Tapi kalau hanya sanggup sama rata menerima haknya semata-mata ini perempuan biasa, dan kalau meminta lebih dari haknya, ini perempuan mementingkan diri.

15. Orang yang ada 4 isteri, ia sentiasa berada dalam suasana pengantin baru.

16. Kalau perempuan yang tua itu terlalu suka bersolek, mengikut saikologinya dia susah hati kehilangan mudanya.

Wallahu 'Alam.
 

Maha Agung Tuhan Pencipta Keindahan Alam Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template