Khamis, 19 November 2009

Lukisan Hati Bertemakan Cinta


Assalamu'alaikum...

Dengan namaMu Ya Allah aku memulakan penulisan ini. Ucapan syukur ku panjatkan kehadratMu. Selawat dan salam buat utusan terakhirMu Nabi Muhammad s.a.w.Posting kali ini masih lagi berkenaan dengan lukisan. Hmmm..semalam dah melukis hari ni melukis lagi, macam ni la bila mood melukis dah datang, asik nak melukis je kejenya study tak mau (apa punya perangai la ni). Temanya adalah 'Cinta'. Adakah lukisan ini berkisarkan tentang diriku? barangkali ya barangkali tidak... :)

Dapat idea melukis berkenaan tema cinta ni lepas saya tengok sebuah filem yang bertajuk "Ketika Cinta Bertasbih" :) . Mungkin para pembaca dah pun tengok filem ni dan tak perlulah saya ceritakan lebih lanjut tentang filem tersebut. Point yang saya dapat setelah selesai menonton filem tersebut, keseluruhannya berkisarkan tentang soal cinta dan jodoh.

Cinta......

Setiap orang pernah jatuh cinta. Umumnya, jatuh cinta itu terjadi pada orang dengan lawan jantina. Tidak ada satupun kata-kata yang dapat mewakili perasaan jatuh cinta. Sebutlah kata senang, gembira, bahagia, bergetar, berdebar, takut kehilangan, cemburu, semua kelihatan bersinar dan menyenangkan, dan apa yang kita khuatiri adalah apabila hati kita diisi oleh cinta manusia semata-mata dan nafsu, tiada tempat untuk cinta Allah.

Oleh yang demikian Islam amat menekankan kawalan terhadap hati agar tidak mudah terpesong meeletakkan neraca perasaan cinta kepada yang bukan hak melalui amalan seperti doa dan sebagainya.

Antara doa yang patut diamalkan : " Ya Allah, kurniakanlah aku cinta-Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap Engkau Ya Allah terlebih aku cintai daripada air yang sejuk."

Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti cinta yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau menjadika cinta kepada orang yang hampir dengan Allah. Jika seseorang itu cinta kepada manusia, ia mestilah cinta yang boleh menghampirikan diri kepada Allah.




Kembali pada tajuk lukisan tadi, ni time saya nak mulakan melukis, tengok jam kat tepi tu pukul 12.30 tengah malam waktu mesir. housemate semuanya study tapi saya asik dengan melukis tak habis-habis,hehe...Lakaran mula dibuat, macam biasa la tidak berdasarkan garisan anatomi terus je buat lakaran, agak-agak lakaran dah ok teruskan untuk melukis secara terperinci pula.



Dah siap melakar dan melukis masa untuk inking pula, lukisan kat atas ni belum siap inking sepenuhnya.



Dah siap inking sepenuhnya. Garisan-garisan lakaran dah dipadam dan ni la hasilnya. Lukisan ni ambil pakai camera digital je then upload. Background nampak simple sangat sebab tak ada idea nak buat background yang macam mana. Character lelaki nampak ok tapi character perempuan macam tak jadi pula sebab saya ni tak pandai sangat nak lukis watak perempuan, susah nak buat,hehe...So, ni la lukisan hatiku pada kali ini, ayat kat atas tu saya copy dari filem "ketika cinta bertasbih" :) dan untuk paparan yang lebih jelas sila klik pada gambar.

Berkenaan topik atau point cinta tadi, adakala cinta itu datang tanpa diundang dan tanpa dipinta. Atau dalam erti kata yang lain "cinta pandang pertama" yang sememangnya tidak diundang yang boleh menggangu minda dan imaginasi.

Dalam keadaan yang sedemikian kita amat digalakkan untuk mengamalkan doa tadi. Kedua, mengerjakan solat Istikharah dan berdoa :
" Ya Allah, aku suka orang ini, kalaulah dia ini betul-betul pilihan yang tepat untuk aku dunia akhirat, pertemukanlah jodoh kami. Jadikanlah dia isteri (atau suami) ku. Kalau tidak baik Ya Allah, elakkanlah."

Cinta dan mencintailah kerana Allah, sesungguhnya cinta kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain saja yang ada dalam hidup ini. Hidup ini adalah hidup yang penuh dengan pelbagai kepentingan diri dan pelbagai perkara yang disukai hawa nafsu. Jadi, cinta kerana Allah dalam suasana yang demikian sangat payah untuk dicapai dan dicari. Tiada siapa yang mampu mencapainya kecuali orang yang telah bersih jiwanya, tinggi semangatnya dan mereka mampu melihat betapa hinanya dunia ini berbanding keredhaan Allah.

Seperti hadis yang diriwayatkan oleh Mu'az dari Rasulullah s.a.w baginda bersabda : " Allah Azzawajalla berfirman yang bermaksud : orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku, mereka mempunyai beberapa mimbar dari cahaya, para Nabi dan syuhada yang menyukai mereka." (riwayat At-tarmizi)

Wallahu 'Alam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Maha Agung Tuhan Pencipta Keindahan Alam Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template