Sudah sekian lama saya tidak mengupdate blog ini.Alhamdulillah ada sedikit masa untuk membersihkan sawang-sawang yang ada di blog ini :) Dan posting kali ini berkenaan dengan lukisan yang bertajuk "Esok Masih Ada". Idea untuk melukis berkenaan tajuk ini setelah saya membaca sebuah cerpen hasil nukilan akhi hakimi diblognya http://menjejakharapan.blogspot.com.Untuk bacaan cerpen asal boleh lawati blog tersebut.
Sebuah cerpen yang berkisarkan tentang seorang lelaki yang bernama Razman, yang ingin mengenali dengan lebih lanjut seorang ustazah yang bernama Najwa. Seorang ustazah yang berkarektor kerek atau berlagak, yang tidak pernah dilihat oleh Razman sebelum ini. Untuk cerita yang lebih lanjut, bolehlah membaca lukisan tersebut di bawah..semoga kalian terhibur :)
__________________________________________________________
Penceramah jemputan dari Kaherah Ustaz Azrul sedang bersemangat memberikan ceramah motivasinya. Tiba-tiba elektrik terputus ketika itu. Keadaan para pendengar sedikit tersentak dek bekalan elektrik terputus. Namun begitu ceramah masih diteruskan kerana masih ada saki baki sinaran cahaya dari celah-celah tingkap yang berada di markaz banat. Oleh demikian markaz itu tidaklah segelap umpama malam tanpa cahaya rembulan.
Razman, salah seorang pendengar yang berada di situ mula gelisah kerana kipas berhenti berpusing. Tangannya mula memandang ke arah lain seolah-olah ingin mencari sesuatu. Ketika itu pandangan matanya mula singgah ke suatu sudut. Lama juga dia memandang ke sudut itu. Penceramah yang dari tadi begitu rancak berada di hadapan pun dia tidak diendahkan lagi. Dan kini matanya tertumpu tepat pada seseorang. Seorang ustazah! Terkebil-kebil matanya memandang ustazah itu. Kawannya yang berada di sisi Razman mula menyedari kelakuan Razman. Ditolak perlahan mukanya mengharapkan Razman mengalihkan pandangan matanya itu. Razman sedar akan perbuatan kawannya itu supaya dialaihkan pandangan, tanpa berfikir panjang Razman segara mengalihkan pandangannya. Dia tersipu malu kerana kawannya tadi menyedari kelakuannya.
Peristiwa yang singkat tadi benar-benar menghairankan razman. Dia sendiri tidak menyangka matanya akan memandang ke arah itu. Ustazah yang dilihatnya tadi benar-benar membuatkan dirinya terpaku. Razman tidak pernah melihat ustazah itu sebelum ini. Namun hatinya bersungguh-sungguh ingin mengenali ustazah tersebut. Perasaan itu hadir tiba-tiba akibat pandangan matanya tepat ke arah ustazah tadi.
"Sapa nama ustazah tadi tu ye? aku tak pernah lihat pun dia sebelum ni?"
Tanya Razman kepada kawannya. Kawannya mula memandang Razman lantas membalas pertanyaannya.
"Ustazah tadi tu? takkan hang tak kenai dia kot...Ustazah kerek tu, awar hang berkenan kat dia ka? toksah dok layan dia laaa...ramai lagi ustazah dekat Mansurah ni.."
Balas kawannya yang bernama Hadi. Dia seolah-olah sudah kenal lama dengan ustazah tersebut.
"Ustazah kerek? amboi sedap mulut ja hang kata kat orang noohhh...kata ngaji agama."
Razman menyindir kawannya.
"Bukan aku yang cakap, satu Mansurah dok kata lagu tu. Aku pun kenai dia sebab panggilan dia tu laaa..."
Hadi cuba memberi alasan. Secaran jujurnya Razman baru sahaja mengenali perempuan tersebut. Pertama kali melihat wajah dan mendengar gelarannya. Ceramah motivasi masih lagi berlangsung. Walaupun keadaan agak panas akibat bekalan elektrik terputus, para hadirin masih lagi tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing. Mereka mendengar dengan penuh kusyuk dan terpegun dengan penyampaian dari Ustaz Azrul tersebut.
Razman melabuhkan badan di birai katil. Mengingatkan peristiwa yang berlaku di markaz sewaktu ceramah motivasi di markaz banat. "Siapakah gerangan perempuan itu?" Hati kecilnya berbisik. "Kenapa mereka memanggil dia dengan panggilan kerek (berlagak)?" Dia masih lagi tertanya-tanya. Terlintas di hati untuk mengenali perempuan itu dengan lebih lanjut. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Kelihatan Hadi yang sedang memasuki biliknya. Kehadiran Hadi seolah-olah ada sesuatu yang ingin dinyatakan pada Razman. Razman sudah dapat mengagak. Hadi melabuhkan punggungnya di sisi Razman.
"Maaflah pasai tadi. Aku nak tanya hang betoi-betoi ni, hang berkenan ka kat ustazah tu?"
Hadi mula menimbulkan persoalan. Razman tersentak dengan pertanyaan Hadi. Tidak disangka soalan itu yang ditanyakan.
"Hmmm..hang ni laaa, takkan baru tengok dah berkenan kot? Tapi hati aku ni kan betoi-betoi nak kenai dia laa...pendapat hang macam mana?"
Terkejut Hadi dengan pertanyaan si Razman. Hadi seolah-olah tidak percaya dengan kata-kata yang diluahkan oleh kawannya itu. Begitu ramai ustazah-ustazah dekat Mansurah, perempuan itu juga yang ingin dikenalinya. Hadi menggelengkan kepada. razman sedar kawannya tidak bersetuju dengan kata-katanya sebentar tadi.
"Kalau hang nak tau kenapa depa panggil kerek kat ustazah tu, meh aku nak cita kat hang. Dia ni suka balik lewat. Maghrib-maghrib baru nak sampai rumah. Pihak DPmm marahlah kat dia. Bila teguq ja dia menjawab balik. Macam-macam alasan dia bagi. Geng Hewi tak larat nak kata pa dah kat dia ni. Berlagak nak mampuih dia tu. Hang nak ka orang camtu?"
Razman mendengar dengan teliti penjelasan Hadi, selepas hadi mengakhiri kalamnya, Razman kembali bersuara.
"Macam tu ka kisahnya...okey tak pa. Mai sini hang tengok nanti, macam mana aku tundukkan ustazah kerek tu! Batu yang keras pun kalau hari-hari kena ayaq ia akan berlekuk juga...."
Razman begitu semangat untuk mengenali perempuan itu. Dia ada cara yang tersendiri untuk menjatuhkan ego perempuan tersebut. Hadi hanya mampu menasihati Razman dan tindakan selajutnya terpulanglah pada si Razman. Hadi meninggalkan Razman sendirian selangkah demi selangkah, sambil Razman mengutus senyuman mengiringi pemergian Hadi dari biliknya.
bersambung.......
p/s: maaf la kimi, aku olah ayat hang sikit,nice cerpen n good job bytheway... :)
0 ulasan:
Catat Ulasan