Sabtu, 9 Mei 2009

Oh Ibu...

0 ulasan
penghayatan...

Ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan
dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima
kasih kepadannya hanyalah dengan menangis
sepanjang malam...
Photobucket


Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita
bermain, kita ucapkan terima kasih dengan lari
sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil...
Photobucket


Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan
makanan dengan penuh rasa kasih sayang, kita
ucapkan terima kasih dengan menumpahkan
makanan ke lantai...
Photobucket


Ketika usia 4 tahun, ibu membelikan sekotak
pensil warna, kita ucapkan terima kasih dengan
menconteng dinding...
Photobucket


Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang
pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan
bergolek-golek dalam lopak kotor...

Setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan
kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih
dengan menjerit : tak nak! tak nak!
Photobucket


Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola,
cara mengucapkan terima kasih ialah kita
pecahkan tingkap jiran...
Photobucket


Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan ais krim, kita
ucapkan terima kasih dengan mengotorkan
pakaian ibu..

Ketika usia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah,
kita ucapkan terima kasih kepadanya
dengan ponteng kelas...
Photobucket


Berusia 10 tahun, ibu menghabiskan masa
sehari suntuk menemankan kita kemana
sahaja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak
bertegur sapa dengannya...
Photobucket


Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat
kerja sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan
menonton televisyen...

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian
yang menutup aurat, kita ucapkan terima kasih
kepadanya dengan memberitahu bahawa
pakaian itu tidak sesuai pada zaman sekarang...
Photobucket


Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat
perut untuk membayar wang persekolahan dan
asrama, kita ucapkan terima kasih kepadanya
dengan tidak menulis sepucuk surat pun..
Photobucket


Berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan
rindukan pelukan dan ciuman, kita ucapkan terima
kasih dengan mengunci pintu bilik...

Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira
apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA,
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan
bersuka ria dengan kawan-kawan...
Photobucket


Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah
membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus
dan mengheret beg besar ke asrama, kita hanya ucapkan
selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana
malu dengan kawan-kawan...
Photobucket


Berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita
ada teman istimewa, kita kata itu bukan urusan ibu..
Photobucket


Setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan
pandangan mengenai kerjaya kita, kita kata " saya tidak
mahu jadi seperti itu ibu..."
Photobucket


Ketika berusia 23 tahun, ibu membelikan perabot untuk
rumah bujang kita, di belakang ibu kita kata pada kawan-kawan
"perabot pilihan ibu aku tidak cantik,tidak berkenan aku!"
Photobucket


Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya
dan bertanyakan mengenai perancangan masa depan, kita
menjeling dan merungut " ibu tolonglah!"
Photobucket


Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah
menaggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita,
ibu menangis dan memberitahu betapa dia
sangat sayangkan kita, tetapi kita ucapkan terima kasih
kepadanya dengan berpindah jauh...
Free Emoticon Courtesy of www.FreeSmileys.org


Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberikan nasihat
dan petua mengenai penjagaan bayi,kita dengan megah
berkata " itu dulu,sekarang zaman moden..."

Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan
mengenai kenduri kendara di kampung, kita berkata

" kami sebuk, tak ada masa nak datang..." Free Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.org


Apabila usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta
kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan
dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban
kepada anak-anak...
Photobucket


Dan kemudian...suatu hari,kita mendapat berita
ibu meninggal dunia! khabar itu bagaikan petir!! Photobucket
dalam lelehan air mat, barulah segala perbuatan
kita terhadap ibu menerpa satu persatu!
Photobucket


Selamat Hari Ibu ku ucapkankan kepada yang bergelar ibu
terutama ibuku yang tercinta Noraini bt Tasar, semoga ibu sentiasa dilindungi,
diberkati & dirahmati Allah selalu, jasa & pengorbananmu
tidak dapat ku membalasnya,
along sayang ibu Photobucket

selamat hari ibu Pictures, Images and Photos

Jumaat, 8 Mei 2009

Hadis 2 : ISLAM, IMAN DAN IHSAN

0 ulasan
Daripada Saidina Umar r.a beliau berkata: " Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang sangat putih bajunya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan jauh dan tiada seorangpun di antara kami yang mengenalinya sehingga dia duduk di hadapan Rasulullah s.a.w. Lalu dia merapatkan lututnya ke lutut Rasulullah s.a.w dan meletakkan dua tapak tangannya di atas dua pehanya, lantas dia berkata: "Wahai Muhammad! Ceritakan kepadaku tentang Islam." Lalu Rasulullah s.a.w menjawab: " Islam itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, kamu mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji jika kamu mampu mengerjakannya." lelaki itu berkata: " Benarlah kamu!" Kami merasa hairan terhadapnya; dia bertanya dan dia juga membenarkannya.

Lelaki itu berkata lagi: " Ceritakan kepadaku tentang iman. " Baginda s.a.w bersabda: " Bahawa kamu beriman dengan Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari kiamat dan kamu beriman dengan kadar baik dan burukNya. " Lelaki itu berkata: " Benarlah kamu! "

Dia berkata lagi: " Ceritakan kepadaku tentang ihsan. " Baginda s.a.w menjawap: "bahawa kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya. Jika kamu tidak melihatNya, sesungguhnya Allah melihat kamu. "

Lelaki itu berkata lagi : " Ceritakan kepadaku tentang kiamat. " Baginda menjawab: " Tidaklah orang yang ditanya mengenainya (kiamat) lebih mengetahui daripada orang yang bertanya (maksudnya kedua-duanya tidak mengetahui tentang bila berlaku kiamat). "

Lelaki itu berkata lagi: " Ceritakan kepadaku tentang tanda-tandanya. " Baginda menjawap: " Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila kamu melihat orang yang tidak berkasut, tidak berbaju, miskin dan pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan. " Kemudian lelaki itupun pergi. Maka akupun menunggu beberapa hari. Kemudian Rasulullah s.a.w berkata: " Wahai Umar! Tahukah kamu siapakah orang yang bertanya itu. " Aku menjawab: " Allah dan RasulNya lebih mengetahui. " Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya dia adalah Jibril. Dia datang untuk mengajar kamu tentang agama kamu. "

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di awal kitab ' Iman ' Hadis nombor 8.

Kandungan Hadis:

1. Memperelokkan pakaian dan perwatakan

Digalakkan memakai pakaian yang bersih, menggunakan wangi-wangian atau bau-bauan yang harum untuk memasuki masjid, menghadiri majlis-majlis ilmu, beradab ketika berada di majlis tersebut dan beradab dengan alim ulama'. Datangnya Jibril adalah untuk mengajar manusia melalui keadaan dan kata-katanya.

2. Apa itu Islam?

Islam dari segi bahasa ialah tunduk dan menyerah kepada Allah s.w.t. Dari segi istilah syarak pula ialah agama yang dibina di atas lima asas iaitu: Syahadah (penyaksian) bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang di dalam waktunya dengan rukun dan syarat yang sempurna serta menjaga sunat dan adabnya, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji sekali seumur hidup bagi sesiapa yang berkemampuan dan memiliki keperluan untuk bermusafir seperti bekalan, kenderaan dan belanja nafkah ahli keluarganya.

3. Apa itu Iman?

Iman dari segi bahasa ialah at-tasdiq (membenarkan) dan dari segi syarak ialah: Tasdiq yang jazim (keyakinan yang tidak berbelah bagi) terhadap kewujudan Allah Taala yang Maha Pencipta dan bahawasanya Allah Taala itu Maha Esan dan tiada sekutu bagiNya.

Begitu juga membenarkan kewujudan makhluk Allah Taala iaitu para malaikatnya dan mereka adalah hamba-hambaNya yang dimuliakan. Mereka tiada mengingkari Allah Taala dalam setiap suruhan atau perintah yang ditujukan kepada mereka dan mereka mengerjakan apa sahaja yang diperintahkan. Allah Taala mencipta mereka daripada cahaya. Mereka tidak makan dan tidak bersifat lelaki mahupun perempuan serta tidak berketurunan. Tidak ada seorangpun yang mengetahui bilangan mereka kecuali Allah Taala.

Juga membenarkan kitab-kitab samawiah yang turun dari sisi Allah. Kitab-kitab ini adalah syariat Allah Taala sebelum ia diselewengkan dan diubah oleh tangan-tangan manusia.

Juga membenarkan para rasul, yang telah dipilih oleh Allah Taala untuk memberi pertunjuk kepada makhlukNya dan Allah menurunkan kepada mereka kitab-kitab samawiah. Juga beriktiqad bahawa para rasul itu adalah manusia yang maksum (terpelihara daripada dosa).

Juga membenarkan hari kiamat, iaitu hari Allah Taala membangkitkan manusia dari kubur dan menghisab amalan-amalan serta memberi balasan kepada merela. Sekiranya baik, maka baiklah balasannya dan sekiranya buruk, maka buruklah balasannya.

Juga membenarkan bahawa semua perkara yang berlaku di atas muka bumi ini adalah dengan takdir (ketentuan) Allah Taala dan kehendakNya berdasarkan hikmat yang hanya diketahui olehnya sahaja.

Inilah rukun-rukun iman. Barangsiapa yang beriktiqad dengannya, akan beroleh kemenangan dan kejayaan. Begitulah sebaliknya, sesiapa yang mengingkarinya, dia akan sesat dan kecewa. Firaman Allah Taala yang bermaksud :-

" Wahai orang-orang yang beriman! tetapkanlah iman kamu kepada Allah Taala dan rasulNya, dan kepada kitab al-Quran yang telah diturunkan kepada rasulnya (muhammad s.a.w) dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingakar kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya dan juga hari akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya. " (An-Nisaa': 136)

4. Apa itu Ihsan?

Ihsan ialah ikhlas dan tekun. Iaitu kamu ikhlas di dalam beribadat kepada Allah dan disertai dengan penuh ketekunan seolah-olah kamu melihat Allah ketika melakukan ibadat. Sekiranya kamu tidak mampu mencapai tahap tersebut, maka ingatlah bahawa Allah Taala melihat kamu dan perbuatan kamu sama ada kecil mahupun besar.

5. Kiamat dan tanda-tandanya

Ilmu tentang masa berlakunya kiamat adalah di antara perkara yang hanya diketahui oleh Allah dan Dia tidak memberitahu kepada sesiapapun dari kalangan hambaNya, sama ada malaikat ataupun rasul. Oleh kerana itulah Rasulullah s.a.w menjawab soalan jibril dengan sabdanya yang bermaksud : " Tidaklah orang ditanya mengenainya (kiamat) lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. " Tetapi baginda s.a.w menjawab bila ditanya tentang sebahagian tanda yang menunjukkan peri dekatnya hari kiamat :

(a) Berlakunya kerosakan di zaman tersebut, rosaknya akhlak di mana ramai anak-anak durhaka dan menyanggahi orang tua mereka, lalu mereka bermu'amalah (bergaul) dengan orang tua mereka seperti mu'amalah tuan terhadap hambanya.

(b) Terbalik dan bercampur-baurnya urusan sehingga sehina-hina manusia menjadi raja dan pemimpin. Urusan-urusan diserahkan kepada bukan ahlinya. Harta bertambah banyak di tangan manusia, bertambah kemewahan dan pemborosan. Manusia bermegah-megah dengan bangunan yang tinggi, harta (perhiasan) dan perabut-perabut yang banyak, serta merasa bongkak terhadap makhluk. Mereka yang sebelum ini berada dalam kemiskinan dan kesengsaraan, hidup di atas ihsan orang lain seperti orang arab badwi, pengembala dan seumpamanya, ketika itu menjadi penguasa dan pentadbir.

6. Bertanya tentang ilmu

Seorang muslim hendaklah hanya bertanya mengenai perkara yang memberi manfaat kepada dunia dan akhiratnya sahaja dan meninggalkan pertanyaan yang tidak berfaedah. Begitu juga bagi seorang yang hadir ke majlis ilmu dan menyedari bahawa para hadirin memerlukan jawapan kepada persolana ataupun masalah tertentu, sedangkan tiada seorangpun yang bertanyakan tentangnya, maka sewajarnya dia bertanyakan soalan tersebut sekalipun dia sudah mengetahuinya. Ini dilakukan supaya hadirin dapat mengambil manfaat daripada jawapan yang diberikan. Barangsiapa yang ditanya mengenai sesuatu yang tidak diketahuinya, maka dia wajib berkata " saya tidak tahu " dan itulah tanda warak, taqwa dan ilmunya yang sahih.

sumber: kitab syarah hadis 40 Imam Nawawi ( Dr. Mustafa al-Bugha & Muhyiddin Misto )

Manfaatkan penulisan blog untuk perjuangan islam

0 ulasan
GOMBAK, 8 mei (Hrkh) - Naib ketua pemuda pas pusat, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi berkata sudah ramai orang mempunyai blog sendiri, namun tidak selalu dikemaskini. Beliau menyifatkan perbuatan itu seperti sebuah rumah yang dipenuhi lalang dan semak samun.

" Ada di kalangan kita suka buat blog, lepas itu kemaskini selama lima bulan sekali. Ini seperti orang buat rumah, kemudian dia biarkan halaman rumah dipenuhi lalang dan semak samun, lepas tu dia suruh kita masuk, siapa nak masuk kalau rumah seperti itu lebih baik tak payah buat blog, " tegas beliau.

katanya, ada juga orang yang buat blog tetapi bercerita pasal peribadi dia, kisah-kisah kegagalan bercinta. Ini tidak menampakkan roh perjuangan, tak menyebarkan risalah yang didokong, ini merupakan kerja yang membazir masa.

Menurutnya, hari ini semua orang bercakap mengenai satu media baru, ternyata kuasa media baru boleh menyaingi media lama.

" Sehari dua ini dapat melihat kegilaan anak muda memiliki facebook tersendiri, masing-masing ada rangkaian dalam laman web tersebut. "

" Mereka boleh menghubungi antara satu sama lain sepantas kilat, sangat malang bagi kita menggunakan faedah ini, " katanya dalam ucapan perasmian Muktamar ke 24 DPPWP, 2 Mei lalu.

" Nabi saw dulu, nak sampaikan risalah kepada Raja Heraclus dan menyampaikan risalah Islam kepada Kaisar terpaksa menjelajah mengambil masa selama tiga bulan perjalanan seiang dan malam menunggang kuda, " katanya.

Pada hari ini, katanya lagi, kita boleh sampaikan maklumat tidak sampai tiga saat untuk diketahui dan dimiliki oleh sebahagian besar rakyat yang ada disekitar kita.

Malang untuk kita gagal dalam menfaatkan perkara ini.

" Saya juga nak melahirkan rasa sedih, kalau ada yang gagal memanfaatkan keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita. "

" Dengan menjadikan penulisan yang membawa racun kepada jemaah, mendedahkan rahsia jemaah, melaga-lagakan pemimpin, mencetuskan isu-isu yang mengeruhkan silaturrahim dikalangan kita. "

" Sepatutnya ruangan itu digunakan sepenuhnya untuk mempamerkan kandungan kehebatan perjuangan yang didokong ini, bagaimana keindahan Islam dan bagaimana kehebatan kita menentang kebatilan, sepatutnya begitu, " ujarnya.



artikal dipetik dari :- HarakahDaily.Net (Manfaatkan penulisan blog untuk berjuangkan Islam)

Selasa, 5 Mei 2009

Hadis 1 : SEMUA AMALAN ADALAH DENGAN NIAT

0 ulasan
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs, Umar bin al-Khattab r.a katanya: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, naka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan. "

Hadis ini diriwayatkan oleh kedua-dua Imam Muhaddithin iaitu Abu Abdullah bin Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughiirah bin Bardizbah al-Bukhari dan Abu Husain Muslim bin al-Hujaji bin Muslim al-Qusairi al-Naisaburi di dalam kitab sahih kedua-duanya, yang mana ia merupakan kitab yang paling sahih.

Imam Bukhari telah meriwayatkan hadis ini di awal kitab sahihnya dan di dalam kitab "Iman" dalam bab "hadis-hadis yang menerangkan bahawa semua amalan adalah dengan niat yang baik dan bagi setiap orang die mendapat pahala mengikut niatnya dan di beberapa tempat yang lain di dalam kitab sahihnya.

sementara Imam Muslim pula meriwayatkannya di dalam kitab "Imaarah" dalam bab "Sabda Rasulullah s.a.w: Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat." Hadis nombor 1907.

Kandungan Hadis:

1. Syarat niat

Ulama' telah bersepakat mengatakan bahawa setiap amalan yang dilakukan oleh mukmin yang mukallaf tidak dikira dari sudut syarak dan tidak diberi pahala dengan hanya melakukannya kecuali disertai dengan niat.

Niat adalah salah satu daripada rukun di dalam ibadat langsung (العبادة المقصودة) seperti sembahyang, haji dan puasa. Ibadat-ibadat tersebut dikira tidak sah kecuali apabila dilakukan dengan niat.

manakala ibadat tidak langsung iaitu yang hanya menjadi wasilah seperti wudhuk dan mandi, maka ulama' mazhab Hanafi berpendapat bahawa niat adalah syarat sempurna sahaja bagi menghasilkan pahala. Manakala ulama' mazhab Syafi'e dan lain-lain menyatakan bahawa niat juga merupakan syarat sah. Oleh itu, ibadat-ibadat tidak langsung tidak sah kecuali dengan niat.

2. Waktu niat dan tempatnya

Waktu niat ialah permulaan ibadat, seperti takbiratul ihram di dalam ibadat sembahyang dan ihram di dalam ibadat haji. Manakala di dalam ibadat puasa, memadai niat sebelum bermulanya puasa kerana kesukaran untuk memerhati fajar pagi.

Tempat niat ialah di hati, justeru itu tidak disyaratkan berlafaz dengan niat tersebut. Walaupun begitu, disunatkan berlafaz sebagai menolong hati untuk memudahkannya mengingati apa yang ingin diniatkan.

Disyaratkan juga pada niat, menentukan perkara yang diniatkan dan membezakannya daripada perkara yang lain. Oleh itu tidak memadai bagi seseorang itu sekadar meniatkan sembahyang sahaja, bahkan mesti menentukan jenis sembahyang tersebut sama ada zohor atau 'asar dan seterusnya.

3. Berniat untuk melakukan sesuatu amal salih

Hadis ini juga menerangkan bahawa sesiapa yang telah berniat untuk melakukan sesuatu amal salih, tetapi terdapat keuzuran yang kuat seperti sakit, mati atau seumpamanya yang menghalang beliau daripada melaksanakannya, maka die diberi pahala berdasarkan niatnya itu.

4. Ikhlas di dalam amalan dan ibadat

Hadis ini juga membimbing kita supaya ikhlas di dalam amalan dan ibadat sehingga kita mendapat ganjaran dan pahala di akhirat, juga mendapat taufik serta kejayaan di dunia.

5. Amalan yang bermanfaat

Setiap amalan yang bermanfaat dan baik akan menjadi ibadat apabila disertai dengan niat dan keikhlasan serta menuntut keredhaan Allah s.w.t.

Wallahu 'Alam


sumber: Syarah Hadis 40 Imam Nawawi (Dr Mustafa al-Bugha & Muhyidin Misto)

Bila Hati Telah Berkarat

0 ulasan

Dosa yang dilakukan dan kelalaian
dalam mengingati Allah akan
menyebabkan hati menjadi berkarat. Hati
yang rosak ini akan menyebabkan diri
manusia itu semakin jauh dari Allah
dan semakin tersesat dari jalan yang benar.




Rasulullah bersabda :
" Sesungguhnya hati manusia
akan berkarat sebagaimana besi
yang dirosakkan oleh air.
Seorang sahabat telah bertanya,
" Apakah caranya untuk menjadikan
hati itu bersinar kembali? " Maka
jawab Rasulullah, " Banyakkan mengingati
maut dan membaca Al Quran. "

(Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar)




Rasulullah bersabda : " Seseorang yang tiada
mempunyai sebarang ayat ( Al Quran )
pun dalam hatinya adalah seumpama
sebuah rumah yang kosong. "

(Riwayat At Tirmizi)

Wallahu 'Alam.

Isnin, 4 Mei 2009

Renungan Bersama

0 ulasan
Dalam mengharungi dunia ini Allah akan menguji manusia dengan kekayaan kemewahan,
kepapaan, kekuasaan, kedudukan dan wanita cantik,

Ini semua tidak dapat kita nafikan, tujuannya adalah untuk melihat siapa yang berjaya dan
siapa yang gagal di kalangan insan, kerana bukannya senang untuk kita memasuki syurga
Allah dan juga bukannya susah. Ini semua terpulang kepada individu yang beriman.

Sekiranya kita diberi kekayaan ingatlah bahawa ia bukannya kepunyaan kita, tetapi adalah
hak Allah. Hanya Allah memberinya untuk melihat sejauhmana kita dapat menguruskan
kekayaan itu sebaik-baiknya demi untuk jalan Allah.

Layari kisah silam Qarun dan juga Abdul Rahman Auf. Dua insan, satu gagal dan satunya
berjaya, malah telah dijanjikan Allah di antara sahabat yang akan masuk syurga. Itulah tujuan hidup kita.

Kepapaan yang kita perolehi juga sebagai satu cubaan dari Allah untuk melihat kesabaran
kita sebagai manusia. Di antara dua ini pilihlah yang mana baik buat kita.

Tetapi sebagai umat islam kita lebih digalakkan untuk mencari kekayaan,tetapi jangnlah
kekayaan itu melalaikan kita, dan bukanlah kekayaan itu boleh mempengaruhi kita. Kita yang perlu menentukannya sebagai manusia.

Kekuasaan, kedudukan, ini adalah cita-cita setiap insan. Kerana insan memang sukakan gah,
Insan yang terlalu dipengaruh oleh gah hanya akan berjaya di dunia, tetapi gagal di akhirat.

Sebagai Muslim kita patut berjaya di dunia dan di akhirat. Contohilah Abu Bakar As-Siddiq,
Umar yang melaksanakan tugas dan tangunggjawap mereka dengan baik.

Selalunya bila memperkatakan tentang kedudukan orang akan dikaitkan dengan pangkat yang
disandang. Tetapi Allah tidak melihat pada pangkat. Allah melihat kepada ketaqwaan dan keimanan kita.

Janganlah kita sanggup menjual prinsip-prinsip Islam semata-mata untuk mendapatkan
pujian daripada insan. REDHA ALLAH yang patut kita cari. Kerana yang akan mengiringi

kita ketika bertemu dengan Allah hanyalah tiga perkara :
  1. ILMU
  2. SEDEKAH
  3. ANAK YANG SOLEH
Wallahu 'Alam...

Kenangan bersamamu..

0 ulasan
Assalamualaikum....

Waktu imtihan hampir tiba,jd skang ni duk la kt rumah mengurungkan diri dlm bilik untuk study..tp study ke??? haaa....ikut atas diri aok semua la,nk najah nk tak nak kne la study,bkn study krn imtihan tp study krn ilmu...dah sejam dua study trase letih plak,so...kne la rehat sekejap,sambil2 tgk ym kt pc (haaa..sempat lg tu nk chatting) imtihan dekat dah ni....

Bosan2 g pasang mp3...dengar plak lagu yg bertajuk (bersama semula) bila aku dgr lagu ni teringat kt mber2 sekeloh menengah (sma al-khairiah) byk kenangan aku bersama diorg waktu tu,mula la duk berkhayal kenang malaysia,hmmmmm....bila kenang balik kenangan dulu,kadangtu tergelak sendiri..ade kenangan manis dan ade kenangan pahit..byknya kenangan manis la time bersame ngn diorg.


Skang ni apelah yg diorg tgh wat ek,harap kornag semua dlm keadaan sihat hendaknya..member aku yg ade dlm gmbar ni - erman,razuan,aminuddin,zulkarnain,nazmi,sayuti,hidayat,sufian dan hafizullah amin,hakim (yg tgh amek gmbar)huhuhu...dan ade lg mber2 aku yg xde dlm gmbar ni,klu nk sebut mmg ramai,diorg ni mmg mber rapat aku time di sma khairiah dulu,siap duk 1 dorm lg (asobiyyah???)huhuhu...


Alamakkk....ade plak gmbar x syar'i kt cni,kang ade plak mulut2 manusia yg mengata kt blakang,haha...ni plak gmba diorg time reunion bacth (2000-2004) sma khairiah,mase ni aku xde kt malaysia,dah duk mesir time tu,tp bile tgk blk gmbar ni rase jelous pn ade...sbb xdpt join diorg dlm program reunion ni,yg ni bru sikit yg datang padahal rmi lg yg xdtg (lost contact) walaupun x semua yg hadir,tp nmpk meriah,paling kurang pun dpt berkumpul blk untuk eratkan lg hubungan persahabatan sesame kitaorg...kpd pengarah program:- "taun depan buat blk reunion,aku nk blk join korang,hehehe.."



Lepas habis di sma khairiah...amek plak STAM di kulliah al-lughah waddin as-sultan abu bakar pekan,dan gmbar kt atas tu gmbar budak kelas aku (kelas stam 2p) ada diantara mereka ni yg g mesir termasuk la aku,ada gak yg smbung blaja di U tempatan,dan ade gak yg nk kawin (belah akhwat) diorg senang ler...tggu org dtg msuk minang je...hehehe :)



Yang ni plak barisan tenaga pengajar kami di kulliah sultan abu bakar,yang bertanggungjawap mendidik dan mengajar kami ilmu,supaya kami menjadi org yg berguna kepada agama dan masyarakat...(Amin..Ya ALLAH) dan kerana usaha mereka yg tidak pernah putus,kami menjadi org yg berguna...terima kasih yg xterhingga buat tenaga pengajar kuliah STASAB krn tanpa kalian siapalah kami,hanya Tuhan saja yg dpt membalas jasa kalian..wahai guruku...(Amin...)



Yang ni plak gmba mber2 aku kt selangor (kmpung sg serdang) dlm gmbar :- redho,afiq,aku (moto 125z sport rim putih) ,hafiz,ashraf dan hashim (pki helmet merah,haha..) akmal (yg tgh amek gmba,hehe) kami bknnya mat rempit tau...rempit2 ni kitaorg xmain la..konvoi rmai2 bru syok...hahaha,ada lg mber sekampung yg xda dlm gmbar ni,byk gak kenangan aku bersama ngn diorg ni,diorg ni mber aku sejak sekolah rendah lg,time sekolah menengah aku pindah pahang,tp sahabat ttp sahabat,walaupun jauh dmata tp dekat dhati...harap korang sihat la hendaknya kt kampung tu..aminnn...

bak kate org,berkawan biar beribu,bercinta biar....????nk bercinta biarlah pas kawin,xleh couple2 ni hampir pd zina,hah..nape masuk bab couple ni plak,xleh kate lbh2 kang ade org pertikai plak :) so...bila nk berkawan tu,pilihlah kawan yg betul..bknnya crk kawan yg mkn kawan,bcoz..kawan ketawa mudah kita nk crk,kawan time kita berduka mmg sukar tuk dicari,bila dah berkawan tu,trimalah seadanya,krn die ttp kawan,teman dan sahabat kita,jgnlah krn kekurangan die,kita lari jauh pdnya..krn setiap insan ade kekurangannya...

dok syok ngelamun jauh kenangkn mber...tgk jam loceng dah dekat pkl 2 stngah pg waktu mesir,terpikir nk tdo ke nk study,ermmmmm....smbung study la,kate nk najah dlm imtihan,biarlah bersusah2 dulu,bersenang2 kemudian...kepada sahabat2 ku sekalian yg hampir yg sedang ataupun yg dah abis imtihan,moga2 kalian najah dlm imtihan....aminnn....minx diri tuk smbung study :) di akhiri dgn lafaz yg mulia...assalamualaikum....
 

Maha Agung Tuhan Pencipta Keindahan Alam Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template