GOMBAK, 8 mei (Hrkh) - Naib ketua pemuda pas pusat, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi berkata sudah ramai orang mempunyai blog sendiri, namun tidak selalu dikemaskini. Beliau menyifatkan perbuatan itu seperti sebuah rumah yang dipenuhi lalang dan semak samun.
" Ada di kalangan kita suka buat blog, lepas itu kemaskini selama lima bulan sekali. Ini seperti orang buat rumah, kemudian dia biarkan halaman rumah dipenuhi lalang dan semak samun, lepas tu dia suruh kita masuk, siapa nak masuk kalau rumah seperti itu lebih baik tak payah buat blog, " tegas beliau.
katanya, ada juga orang yang buat blog tetapi bercerita pasal peribadi dia, kisah-kisah kegagalan bercinta. Ini tidak menampakkan roh perjuangan, tak menyebarkan risalah yang didokong, ini merupakan kerja yang membazir masa.
Menurutnya, hari ini semua orang bercakap mengenai satu media baru, ternyata kuasa media baru boleh menyaingi media lama.
" Sehari dua ini dapat melihat kegilaan anak muda memiliki facebook tersendiri, masing-masing ada rangkaian dalam laman web tersebut. "
" Mereka boleh menghubungi antara satu sama lain sepantas kilat, sangat malang bagi kita menggunakan faedah ini, " katanya dalam ucapan perasmian Muktamar ke 24 DPPWP, 2 Mei lalu.
" Nabi saw dulu, nak sampaikan risalah kepada Raja Heraclus dan menyampaikan risalah Islam kepada Kaisar terpaksa menjelajah mengambil masa selama tiga bulan perjalanan seiang dan malam menunggang kuda, " katanya.
Pada hari ini, katanya lagi, kita boleh sampaikan maklumat tidak sampai tiga saat untuk diketahui dan dimiliki oleh sebahagian besar rakyat yang ada disekitar kita.
Malang untuk kita gagal dalam menfaatkan perkara ini.
" Saya juga nak melahirkan rasa sedih, kalau ada yang gagal memanfaatkan keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita. "
" Dengan menjadikan penulisan yang membawa racun kepada jemaah, mendedahkan rahsia jemaah, melaga-lagakan pemimpin, mencetuskan isu-isu yang mengeruhkan silaturrahim dikalangan kita. "
" Sepatutnya ruangan itu digunakan sepenuhnya untuk mempamerkan kandungan kehebatan perjuangan yang didokong ini, bagaimana keindahan Islam dan bagaimana kehebatan kita menentang kebatilan, sepatutnya begitu, " ujarnya.
artikal dipetik dari :- HarakahDaily.Net (Manfaatkan penulisan blog untuk berjuangkan Islam)
Jumaat, 8 Mei 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan