Isnin, 4 Mei 2009

Renungan Bersama


Dalam mengharungi dunia ini Allah akan menguji manusia dengan kekayaan kemewahan,
kepapaan, kekuasaan, kedudukan dan wanita cantik,

Ini semua tidak dapat kita nafikan, tujuannya adalah untuk melihat siapa yang berjaya dan
siapa yang gagal di kalangan insan, kerana bukannya senang untuk kita memasuki syurga
Allah dan juga bukannya susah. Ini semua terpulang kepada individu yang beriman.

Sekiranya kita diberi kekayaan ingatlah bahawa ia bukannya kepunyaan kita, tetapi adalah
hak Allah. Hanya Allah memberinya untuk melihat sejauhmana kita dapat menguruskan
kekayaan itu sebaik-baiknya demi untuk jalan Allah.

Layari kisah silam Qarun dan juga Abdul Rahman Auf. Dua insan, satu gagal dan satunya
berjaya, malah telah dijanjikan Allah di antara sahabat yang akan masuk syurga. Itulah tujuan hidup kita.

Kepapaan yang kita perolehi juga sebagai satu cubaan dari Allah untuk melihat kesabaran
kita sebagai manusia. Di antara dua ini pilihlah yang mana baik buat kita.

Tetapi sebagai umat islam kita lebih digalakkan untuk mencari kekayaan,tetapi jangnlah
kekayaan itu melalaikan kita, dan bukanlah kekayaan itu boleh mempengaruhi kita. Kita yang perlu menentukannya sebagai manusia.

Kekuasaan, kedudukan, ini adalah cita-cita setiap insan. Kerana insan memang sukakan gah,
Insan yang terlalu dipengaruh oleh gah hanya akan berjaya di dunia, tetapi gagal di akhirat.

Sebagai Muslim kita patut berjaya di dunia dan di akhirat. Contohilah Abu Bakar As-Siddiq,
Umar yang melaksanakan tugas dan tangunggjawap mereka dengan baik.

Selalunya bila memperkatakan tentang kedudukan orang akan dikaitkan dengan pangkat yang
disandang. Tetapi Allah tidak melihat pada pangkat. Allah melihat kepada ketaqwaan dan keimanan kita.

Janganlah kita sanggup menjual prinsip-prinsip Islam semata-mata untuk mendapatkan
pujian daripada insan. REDHA ALLAH yang patut kita cari. Kerana yang akan mengiringi

kita ketika bertemu dengan Allah hanyalah tiga perkara :
  1. ILMU
  2. SEDEKAH
  3. ANAK YANG SOLEH
Wallahu 'Alam...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Maha Agung Tuhan Pencipta Keindahan Alam Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template