Sabtu, 26 September 2009

27 September 2009 : Aku Terkenaaaa!!!!

0 ulasan
Dengan namaMu Ya Allah, ku memulakan penulisan ini. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian 'alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w merangkap utusan terakhir dan penutup sekalian Nabi.

Hari ini, 27 September 2009 bersamaan 8 Syawal 1430H, genaplah umurku 22 tahun. Tua dah ye...hehehe. Bersempena hari lahir ku ini, setelah jam sudah melepasi pukul 12.00 tghmalam, aku telah disurprisekan oleh sahabat2. Tengah syok2 layan citer raya depan laptop, tiba2 depa panggil p ruang tamu...

"abglong...meh la ke depan..potong kek ni haaa..awatnya x mau kluaq bilik...terharu kaaa.." kata syakir kepadaku.

Saje malas nk kluaq bilik sbb dh kantoi kek time depa nk bwk kluaq, padahal sebenarnye nk lari dari kene buh tepung atas kepala...hehehe.Perasaan...terharu..mmg terharu,depa ingat gak tarikh lahir aku bila, siap depa p tempah kek kt sorg akhwat lg, terima kasih la ye pd sape yg wat kek ni.

Kek pun dah terhidang depan mata. Sahabat2 pun dah kumpul untuk menunggu ku potong kek. Sesi untuk potong kek plak.Tiba2...jeng..jeng..jeng...(suspen la plak,hahaha) Din berlari dari dapur...bawak segenggam tepung p kt blakang aku buh atas kepala..argggghhhhhhhh.....punya la nk lari dari kene buh tepung...time2 aku x sedar berjaya gak din buh tepung kt aku, habis kepala, baju dan seluar putih kena tepung..hahaha...walau macam mana pun, perasaan gembira itu ada, dapat gak sambut hari lahir bersama sahabat2.

Bukan kek yang ku pinta, bukan hadiah yang ku mahu, yang paling penting..ingatan dan doa sahabat2..semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat. Semoga kita semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Dipermudahkan segala urusan.


kek ni walaupun sempoi, tp ianya pemberian yg bermakna dan bernilai bagiku.



tak sempat nak potong kek, kena dah tepung atas kepala, habis putih baju seluar kene tepung.



din..din...hg pekena aku nohh..siap la hg pasni,kena plak ngn aku time harijadi hg,hahaha..



sesi potong kek plak..



kek cokelat,ermmm...sedapnyerrrr....



interframe timeeeee....hehehe...



take 2, 1..2..3...smileeee....

Gembira dan terharu sungguh diri ini, dapat gak sambut hari lahir ku bersama sahabat2. Sebenarnya diorang ni yang rancang buat majlis n buat kek ni semua. Memang aku tak sangka dengan perancangan diorang ni. Apa2 pun, aku ucapkan terima kasih kepada yang terlibat, din, mie, syakir, kimi, pidaus, daud, anip, zarip dan alip...dan kpd ustazah yg wat kek tu,terima kasih gak ku ucapkan, dan tak lupa gak kepada siapa yg bg hadiah, terima kasih byk2, ingat gak korang kt hari lahir aku...semoga ikatan persahabatan ini terus berkekalan,amin.....

P/S: Kepada din..hang tunggu pembalasan aku nanti..hahaha, hang dah pekena aku lagi teruk dari kimi dan daud, nnti aku balas blk ngn teloq, siap la hg hahaha....

27 Sepetember / 8 Syawal 1430H.
Jam 4:02 AM.
Bait Muhafazah.

Khamis, 24 September 2009

Suasana Hari Raya EidulFitri 1430H di Perantauan

0 ulasan
















Terkenang di ketika itu,
Ku dimanja dan disayang selalu,
Apa saja kemahuan diri,
Akan cuba dipenuhi.

Walau hidup dalam kesukaran,
Kau kan cuba untuk membahagiakan,
Demi anak-anak yang tersayang,
Kau berdua kan berkorban.

Tetapi baru ku sedari,
Tidak mungkin kan terbalas budi,
Pengorbananmu tiada ternilai,
Hanya Tuhan akan membalasnya.

Salam....AidilFitri.....
Ayah bonda yang dicintai,
Maafkanlah anakmu ini,
Kerna belum cukup berbakti.

Apabila menjelang lebaran,
Baju baru kan disediakan,
Walau mungkin kami tidak mengerti,
Keperitan saat itu.

Namun wajahmu terus bercahaya,
Oh sucinya kasih sayang itu,
Di bibirmu kan menguntum senyum,
Andai anak-anakmu bahagia.

Salam.....AidilFitri.....
Ayah bonda yang dicintai,
Maafkanlah anakmu ini,
Kerna belum cukup berbakti.

Jumaat, 18 September 2009

Muhasabah di Penghujung Ramadhan

0 ulasan

Catatan di penghujung Ramdhan al-Mubarak madrasah tarbiyyah.....

Ramadhan yang datang sarat dengan berkat telah membahagikan fadhilatnya pada jiwa-jiwa pilihan. Kini pemergiaanya yang semakin menirus adalah lambaian yang semakin menjauh mengguris pilu di kalbu....Keharuan itu semakin mendalam dialun suara imam tarawih merintih rahmat dan maghfirah dari rabbul ghafur zurrahmah di segenap masjid-masjid.

Kudus Ramadhan yang masih dalam pelukan akan berpisah jua membawa kepada hamba yang ibadatnya tak seberapa...Surau-surau dan masjid-masji akan kembaliterpinggir. Kemeriahan berbuka puasa dan menjamah selera selepas tarawih akan beralih ke dalam kamus kenangan dan saf-saf solat akan turut surut. Adakah kudus pilu itu membangkitkan diri ini mendekatiMu Ya Rabbi!! Tahajud dan hajat di malam ramadhan begitu ringan merapatkan harapan. Alangkah manisnya agar semua catitan indah berkekalan...Berlakukah Lailatul Qadr tanpa disedari??? Malam seribu bulan gandaan itu hanya layak bagi hamba pilihanMu...

Akan kembalikah diri fakir ini menikmati kemanisan beribadat di penghulu bulan barakah??? Akan bersama lagikah dengan kebasahan air mata keinsafan??? Akan bersama lagikah dengan mereka yang Kau kasihi???

Alangkah indahnya mendengar basah bibir bertilawah di malam hari. Zikir munajat para muttaqin. Ia umpama kekasih yang mulai pergi dan berdekadlah ia bakal dirindui. Duhai Ramadhan, selamat tinggal....Moga umurku dipanjangkan lagi untuk kita bersua kembali...Syukur jutaan syukur...Jutaan jualah harapanku..Aminnn...

Salam Edulfitri..bergembiralah moga-moga kita antara golongan yang mendapat kemenangan dari Allah...Maaf Zahir & Batin...Salam ukhuwwah...dari perlembahan Nil...

Wallhu 'Alam.

Jumaat, 11 September 2009

Penghayatan Lailatul Qadar

0 ulasan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya bagi Allah s.w.t yang telah menemukan kita dengan malam 10 terkahir bulan ramadhan yang dipenuhi dengan keberkatan kerana kita dapat melipatgandakan ibadah pada malam al-Qadar yang pahalanya menyamai dengan 1,000 bulan, para hamba yang sentiasa prihatin terhadap segala kenikmatan yang diberikan oleh Allah s.w.t dapat merasakan kegembiraan, mereka yang sentiasa menghulurkan sedekah, pemberian serta menyumbangkan pelbagai kebajikan akan menikmati ganjaran yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

Kini, kita berhadapan dengan waktu-waktu yang paling baik untuk mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa, maka terimalah masa tersebut dengan melakukan tindakan yang sewajarnya dan menggunakannya dengan penuh kesyukuran, tidak merasa malas dan tidak memayakan diri demi menggapai kedudukan yang tinggi di sisi Allah s.w.t.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : "Sesungguhnya rahmat Allah s.w.t itu amat hampir daripada orang yang sentiasa melakukan kebajikan."

Hidupkanlah Lailatul Qadar kerana pada malam tersebut Allah s.w.t telah menjanjikan akan memberikan pahala menyamai ibadah 1,000 bulan. Hidupkanlah malamnya kerana pada malam tersebut diselubungi dengan penuh keberkatan, kebajikan dan syaitan tidak akan mengganggu orang yang hendak melakukan ibadah. Pada malam tersebut, terserlahlah sifat Rahman Allah s.w.t dengan keagungan nama-nama, sifat-sifat yang indah dan melimpahkan pemberian kepada mereka yang beribadah pada malam tersebut, kepada mereka yang banyak bermunajat mengadu kepada Allah Tuhan seluruh 'alam. Oleh itu, berdoalah kepada Yang Maha Agung dengan penuh khusyuk dan tawaduk.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang melakukan pelbagai ibadah pada Lailatul Qadar dengan penuh rasa keimanan dan bermuhasabah,
segala dosanya yang terdahulu akan diampunkan."
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).


Rasulullah s.a.w bersabda lagi, yang bermaksud : "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil daripada 10 malam terkahir bulan ramadhan."
(Hadis riwayat Imam Bukhari).


Pada riwayat lain dari Aisyah r.a katanya : "Apabila tiba 10 malam terkahir pada bulan ramadhan, Rasulullah s.a.w menghidupkan ibadah malam. Baginda membangkitkan isteri-isteri baginda. Baginda bersungguh-sungguh dan bersemangat sekali dalam menghidupkan malam tersebut."
(Hadis riwayat muslim)


Lailatul Qadar bermaksud malam ketentuan. Sesungguhya hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui mengenai keberkatan malam ini sepenuhnya. Jumhur ulama' sepakat mengatakan, malam ini adalah malam yang mana Allah s.w.t menetapkan segala urusan perjalanan hidup manusia dan hukum-hukum seluruhnya bagi tahun itu hingga pada tahun berikutnya. Iaitu hingga ke malam Lailatul Qadar pada ramadhan akan datang.

Lailatul Qadar sebenarnya adalah kisah seorang mukmin dari Bani Israel bernama Syam'un al-Ghazi. Syam'un seorang yang sangat taat kepada Allah s.w.t dan bertempur melawan orang kafir selama 1,000 bulan. Kisah Syam'un membuatkan Rasulullah s.a.w bersedih kerana hayat baginda s.a.w dan umatnya sangat pendek dan tidak dapat menyerahkan ketaatan kepada Allah s.w.t sebagaimana yang dilakukan oleh Syam'un. Lalu Allah s.w.t memberi khabar berita gembira kepada Rasulullah s.a.w dengan turunya Lailatul Qadar, iaitu satu malam yang lebih utama daripada 1,000 bulan, khusus kepada umat Muhammad s.a.w sahaja.

Pada malam itu, Allah s.w.t menyerahkan segala pengurusan kepada malaikat tertentu. Contohnya, malaikat Jibrail ditugaskan untuk mendaftar rahmat dan seksa untuk seluruh manusia. Bahagian pemberian rezeki dan tumbuh-tubuhan diserahkan kepada malaikat Mikail, hujan dan angin kepada malaikat Israfil dan segala urusan mencabut roh dan penentuan ajal pula kepada malaikat Izrael.

Ini disebut oleh Allah s.w.t dalam surah ad-Dukhan yang bermaksud : "Pada malam yang berkat itu, dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah serta tetap akan berlaku."

Ini bermakna, segala urusan dan ketentuan perjalana hidup setiap insan ditentukan pada malam yang mulia ini tanpa meninggalkan walau sedikit jua pun. Ketentuan itu sama ada ketentuan yang baik ataupun sebaliknya, termasuklah penetuan rahmat, rezeki dan ajal bagi tempoh setahun itu.

Pada Lailatul Qadar, muka bumi dan langit sesak dipenuhi malaikat yang turun ke dunia bermula terbenam matahari hinggalah terbit fajar esoknya. Mereka ditugaskan mencari setiap amalan kebajikan yang dilakukan oleh manusia di bumi ini lalu mempersembahkannya kepada Allah Yang Maha Esa. Setiap amalan itu nilainya sama seperti ibadat 1,000 bulan. Maka sebab itulah, Umat Islam digalakkan mencari dan menghayati Lailatul Qadar ini bersungguh-sungguh.

Rasulullah sendiri menghabiskan keseluruhan 10 malam terkahir Ramadhan dengan beriktikaf di masjid, mengasingkan diri daripada isteri-isterinya, berqiyamullail, membaca al-Quran, memperbanyakkan solat sunat, berwirid, berzikir mengingati keagungan Allah s.w.t, berselawat kepada Nabi s.a.w, bermunajat memohon keampunan, kemurahan rezeki dan keluasan kurniaanNya, bertaubat dan beristighfar, bertahmid, bertakbir, bertahlil, bersyukur, mengharap rahmat dan syurga Allah s.w.t dan memohon keselamatan daripada api neraka.

Amalan bukan hanya dilakukan pada malam hari tetapi Imam Syafie juga menyatakan sunat diperbanyakkan pada sebelah siangnya. Umar Islam juga disunatkan memperbanyakkan doa pada sebelah malamnya, iaitu doa yang berkaitan dengan kepentingan umat Islam seluruhnya. Ini adalah kebiasaan yang dilakukan oleh golongan solihin dan hamba Allah yang 'arif.

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, tugasan sudah selesai tetapi istimewanya pada setiap Lailatul Qadar, iaitu setahun cuma sekali Jibrail diangkat Allah s.w.t menjadi penghulu mengetuai malaikat dan turun ke bumi membawa rahmat dan keberkatan Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Pada malam yang penuh keberkatan ini, Allah s.w.t akan mengampunkan umat Nabi Muhammad s.a.w dengan rahmatNya kecuali 4 golongan iaitu:

1- Peminum arak.
2- Orang yang derhaka kepada ibu bapa.
3- Orang yang memutuskan silaturrahim
4- Orang yang tidak mahu menegur saudaranya lebih dari 3 hari.

Wallahu 'Alam.

Selasa, 8 September 2009

Memasukkan Alat Scan Ke Dalam Faraj, Adakah Membatalkan Puasa

0 ulasan
Assalamu'alaikum...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian 'alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Masih lagi berada di dalam bulan ramadhan madrasah tarbiyyah. Tingkatan amalan kita di bulan yang mulia ini dan berpuasalah dengan penuh keimanan dan keinsafan sepertimana hadis, daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w :
" Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimana dan keinsafan maka akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu." (HR Bukhari dan Muslim)

alat scan yang dimasukkan ke dalam faraj


Posting kali ini berkaitan dengan permasalahan ataupun hukum memasukkan alat scan ke dalam faraj, adakah membatalkan puasa? kita lihat berdasarkan soalan berikut dan apakah jawapannya menurut pandangan ulama'.

Soalan:

Assalamualaikum, saya ada kemusykilan, insyAllah saya dan suami merancang untuk menjalani prosedur IVF (in vitro fertilization) atau lebih dikenali sebagai bayi tabung uji pada bulan oktober 2009. Keputusan menjalani IVF ini dibuat setelah gagal mendapat zuriat dengan kaedah-kaedah perubatan yang lain. Walaubagaimanapun, prosuder ini memerlukan pemeriksaan ovari yang dijalankan melalui kaedah transvaginal ultrasound (alat scan yang dimasukkan ke dalam faraj untuk mendapatkan imej ovari) pada hari-hari tertentu. Keseluruhan kaedah ini memerlukan tempoh rawatan selama 2 bulan setengah. Memandangkan kami bercadang untuk menjalani IVF pada bulan oktober, doktor telah menyusun jadual pemerikasaan dan suntikan hormon untuk saya yang kebanyakkannya jatuh pada hari-hari tertentu dalam bulan ramadhan. Biasanya rawatan kesuburan seperti ini memerlukan penjadualan teratur untuk memastikan matlamat IVF itu sendriri tercapai. Adakah alat scan yang dimasukkan ke dalam faraj itu akan membatalkan puasa saya? terima kasih. Wallhu 'alam.



Jawapan:

Menurut mazhab Imam Syafie, antara perkara yang membatalkan puasa ialah memasukkan sesuatu melalui kemaluan hadapan dan belakang (dubur, zakar dan faraj). Oleh demikian, berdasarkan pandangan mazhab ini, wanita tersebut hendaklah menangguhkan prosedur tersebut ke bulan lain kerana ia akan membatalkan puasa. Jika tidak dapat dielakkan, harus wanita tersebut melakukannya, namun wajib menggantikan puasa yang terbatal itu di hari lain selepas ramadhan.

Ada ulama' berpandangan, perkara tersebut tidaklah membatalkan puasa kerana tiada dalil yang menegaskannya. Antara mereka ialah Imam Ibnu Hazm, Imam Ibnu Taimiyyah dan Asy-Syaukani. Mengikut pandangan kedua ini, tiada sebarang halangan untuk wanita tersebut melakukan prosedur tersebut dalam bulan ramadhan kerana ia tidak membatalkan puasa. Pandangan kedua ini ditarjih oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam kitabnya Fiqh as-Shiyam.

Dalam mengemukakan perkara-perkara yang membatalkan puasa (malah juga ibadah-ibadah yang lain), di kalangan ulama' ada yang mengambil pendekatan ihtiyat (berhati-hati) dan ada yang mengambil pendekatan berpada dengan sekadar yang disebut di dalam nas. Mazhab-mazhab Fiqh yang masyhur (Hanafi, Syafie, Maliki dan Hanbali) kelihatannya mengambil pendekatan pertama, kerana itu huraian tentang perkara-perkara yang membatalkan puasa dalam kitab-kitab mazhab cukup panjang berjela walaupun nas-nas yang berkaitan dengannya sedikit sahaja.

Beberapa ulama' terkenal seperti Imam Ibnu Hazm, Imam Ibnu Taimiyyah, Imam as-Syaukani dan sebagainya cenderung mengambil pendekatan kedua. Menurut Imam Ibnu Hazm, memasukkan ubat melalui lubang dubur, menitik air/ubat melalui saluran kencing atau telinga, menyedut ubat melalui hidung, bercelak, merawati luka yang menebus ke perut dan luka yang sampai ke dalam kepala, semuanya tidak membatalakan puasa kerana tidak ia tergolong dalam pengertian makan dan minum. Kata beliau: "Sesungguhnya kita ditegah Allah ketika sedang berpuasa dari makan, minum, jimak, sengaja muntah dan melakukan maksiat. Tidak pernah kita mengetahui bahawa makan dan minum boleh melalui dubur atau saluran kencing atau telinga atau luka yang menembusi ke perut dan ke kepala. Kita tidak ditegah sekali-kali dari memasukkan sesuatu ke rongga dalam (selain dari makan dan minum) selama ia tidak diharamkan oleh nas syara' ke atas kita". (al-Muhalla, 4/348).

Kita lihat pula pendapat Dr. Yusof al-Qardhawi pada permasalahan memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala. Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.

Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar
tinggal di dalam kemaluan tadi kerana illah atau faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlmn 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru lebih baik kita menjauhinya sekiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.

Pada khilaf ulama' ada keluasan bagi umat Islam. Berkata Umar bin Abdul 'Aziz : "Aku tidak gembira jika sahabat-sahabat Nabi tidak berbeza pandangan, kerana jika mereka semua sepakat atas satu pandangan, sesiapa menyalahinya, ia akan sesat. Namun jika mereka berbeza pandangan, lalu seorang memakai satu pandangan dan seorang yang lain memakai satu pandangan lain, maka terdapat keluasan atau kelonggaran bagi urusan tersebut."

Wallahu 'Alam.

Rujukan:-

Kitab al-Majmu', Imam Nawawi, 6/322.
http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/kemusykilan-tentang-perkara-perkara.html
http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-perkara-perkara-membatalkan-puasa.html
http://www.zaharuddin.net/content/view/595/72/

Selasa, 1 September 2009

Kisah Teladan Untuk Renungan Bersama

0 ulasan
Assalamu'alaikum...

Dengan Nama Allah ku memulakan penulisan ini. Segala puji dan syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah kita masih lagi berada di bulan mulia bulan penuh barokah ramadhan kareem madrasah tarbiyyah. Tingkatkan ketaqwaan dan banyakkan amalan di bulan mulia ini ikhlaskan diri serta niatkan semata-mata kerana Allah, kerana setiap amalan yang dilakukan pada bulan ramadhan ini, ganjarannya berlipat kali ganda insyAllah.


Posting kali ini berkaitan dengan suatu kisah yang benar-benar berlaku untuk kita ambil sebagai ikhtibar dan pengajaran. Kisah ini saya dapat dari seorang sahabat yang menghantarkan email kepada saya. Sama-sama kita renungkan berdasarkan kisah tersebut...

Ini kisah bena..kisah seorang gadis melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar "Membangun Bersama Islam", kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Bilion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan, peraturan ini bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termaksuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang. Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? kenapa tak boleh sediakan syurga je? macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun menjawab : "Dik..kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam..hidup senang..lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe...sebab neraka tak ada.Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..kan Tuhan tu baik??

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan "lulus" percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu "baik". Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?". Tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila Tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam..

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ini kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalami diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah..mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga...Assalamualaikum".

Semoga menjadi teladan buat semua pembaca yang saya kasihi sekalian...Selamat menjalani ibadah puasa, semoga ramadhan kali ini penuh makna dan dilalui dengan sempurna.. : )

Wallahu 'Alam.
 

Maha Agung Tuhan Pencipta Keindahan Alam Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template