Khamis, 31 Disember 2009

MyArtwork | Kekeluargaan Dan Kebahagiaan

0 ulasan
Telah menjadi sunnatullah kehidupan di atas muka bumi ini dijadikan berpasang-pasangan yang mana saling memerlukan di antara satu sama lain. Usrah (keluarga) merupakan salah satu elemen kehidupan berpasangan di atas muka bumi ini, satu kumpulan atau jemaah yang diikat oleh satu ikatan atau pertalian yang melahirkan kesatuan perasaan keharmonian kasih sayang dan perpaduan di kalangan anggota keluarga.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan diantara tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya) bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup bahagia dengannya dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir." (Surah Ar-Rum : 21)

'Sakinah' bermakna keharmonian, ketenangan jiwa serta kerehatan jasmani dan keadaan yang menyenangkan suami menikmati ketenangan dari kesetiaan isteri. Manakala isteri merasa tenteram dari ditinggal tanpa pembelaan atau penganiyaan suami. Ini kerana akad yang sah menurut tatacara syara'. Oleh itu Allah melahirkan perasaan mawaddah dan rahmah atau kemesraan dan saling prihatin antara satu sama lain.

Islam menggariskan beberapa panduan yang penting bagi setiap umatnya memilih bakal pasangan di dalam hidupnya, antara pemilihan yang biasa disebut dan secara jelas dapat dilihat dari hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah.

Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a katnya : Nabi SAW telah bersabda: "Kahwinilah perempuan kerana empat perkara : kerana harta benda, keturunan, kecantikan, dan agama, tetapi utamakanlah wanita yang taat kepada agama, pasti kamu bahagia."

Rasulullah SAW meminta umatnya memilih bakal pasangan hidup mereka bagi menjamin kebahagiaan yang berterusan dengan sabdanya yang bermaksud : "Pilihlah untuk meletak benih kamu semua sesungguhnya tempat meletak benih tersebut saling tarik menarik. (Riwayat Ibnu Majah)

Faktor pemilihan juga merupakan cermin kepada hasil anak yang soleh serta solehah, dalam masa yang sama tidak dinafikan faktor tarbiyyah serta faktor sampingan yang lain juga mampu menghasilkan anak yang soleh dan solehah, tetapi pada asas yang kuat ialah mendapat ibubapa yang mukmin memungkinkan kepada anak yang lahir dari zuriat mereka anak yang soleh dan solehah

Wallahu 'Alam.

____________________________________________________________________

before edit


after edit :)


For The Rest Of My Life - Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And i'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And theres a couple words i wan to say

For the rest of my life
I'ii be with you
I'ill stay by your side honest and true
T'll the end of my time
I'll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever i..i'll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when i think of you
And i ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strenght
And i pray we're together eternally
Now i find myself so strong
Everything changed when you came along
And theres a couple word i want to say

I know that deep in my heart now that you're here
infront of me i strongly feel love
And i have no doubt
And i'm singing loud that i'll love you eternally

I know that deep in my heart


Bait DarulZikr.
01 Januari 2010.
Jam 10.40 am waktu mesir.

Sabtu, 26 Disember 2009

Peristiwa Bersejarah Di Bulan Muharam

0 ulasan
Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat, kerana bermula dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhlukNya. Pada bulan ini juga, Allah mengurniakan mukjizat kepada Nabi-NabiNya sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurniaNya yang terbesar iaitu ampunan dan keredhaan bagi hambaNya. Sebagai tanda kesyukuran kepadaNya, maka hamba-hambaNya mempersembahkan ibadah mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah, namun dengan itu masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang sungguh bernilai.

Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata : Ketika Nabi SAW baru berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, "Hari ini Allah memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka sabda Nabi SAW : " Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu."

Maka Nabi SAW pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. Antara lain kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini. Terdapat juga hadis meriwayatkan, "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka sapat menebus dosa satu tahun." Maksud hadis ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan bulan kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari ini, Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.

Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa kerana banyak peristiwa yang bersejarah berlaku pada bulan ini disamping ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadis.

"Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad SAW dan mengenyangkan perut mereka."

Sahabat pun bertanya, "Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari. Jawab Rasulullah, "Benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari Asyura, dan menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada hari Ayura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub. Pada hari Asyura juga Allah memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura."

Maka pada hari itu (10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh a.s berpuasa kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat mereka diterima oleh Allah setelah beratus-ratus tahun lamanya memohon keampunan.

Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang telah sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari itu mereka diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini mengancam agama dan menggugat iman mereka. Dengan tenggelamnya Firaun, Haman, Qarun dan istana mereka, beerti berakhirlah sudah kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu. Terselamatlah tentera Nabi Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT.

Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh kehormatan.

1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.

2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah dibawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.

3. Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam dimana hanya 40 keluarga termasuk manusia dan binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarha ini sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang ingkar pada Nabi Nuh a.s.

4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari dimana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan oleh Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.

5. Pada 10 Muharam ini juga ALlah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun baginda sendiri sudah ada 99 orang isteri. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan 2 malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir Nabi Daud atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 mMuharam.

6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.

7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s.

8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharam merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.

9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.

10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda.

Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT. Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud:

"Aku telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang sukar boleh meninggalkannya."

Begitulah sabda Rasulullah di mana puasa pada hari Asyura ini sangat-sangat dituntu. Kalau tidak memberatkan umat baginda, maka diwajibkan. Oleh kerana takut meberatkan uatnya, maka hukumnya adalah sunat.

Wallahu 'Alam.

Jumaat, 25 Disember 2009

Selamat Bermujahadah

0 ulasan
Pujian serta syukur yang tidak terhingga buat Yang Maha Agung Tuhan pencipta keindahan alam. Selawat serta salam buat utusan terakhir penutup sekalian Nabi, Muhammad SAW. Serta ahli keluarga Baginda dan sahabat-sahabat Baginda sekalian.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya" (Surah Ali-Imran : 159)

Dari Ka'ab bin Malik r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Sesiapa yang menuntut ilmu Agama untuk menyaingi ulama', atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah akan masukkan dia ke dalam neraka." (Riwayat At-Tirmizi, Ibnu Majah daripada Ibnu Umar, Al-Hakim daripada Jabir bin 'Abdillah)




Renungan bersama mengenai diri :-

- Manusia tidak malas! Tetapi mereka mempunyai matlamat yang mati, matlamat yang tidak dapat merangsang mereka.

- Kebanyakkan halangan dalaman dan luaran yang menghalang seseorang menjadi cemerlang adalah ciptaan mereka sendiri.

- Ramai di antara kita yang sudah mati semasa muda, tetapi di kuburkan semasa tua.

- Orang yang gagal selalu menjadikan masalah yang kecil menjadi besar, manakala orang yang berjaya menganggap masalah besar itu kecil.

Di sebalik kepayahan, di situlah ada kekuatan. Tekadkan hati dan kuatkan azam untuk mengejar impian. Apabila haluan seakan sukar bagai tidak berdaya untuk terus bertahan, sedarlah wahai teman yang kita tidak pernah sendirian. Bukankah ujian itu tarbiyah dari Allah? Justeru hadapinya dengan tabah! Dan akan kita saksikan kesulitan ini, pasti...pasti ia akan berganti dengan sebuah kebahagiaan. Semoga natijah esok lebih indah.

Ya ALLAH Ya Tuhan kami...Bukakanlah kepada kami pintu pengetahuan, dan mantapkanlah ilmu fardhu ain dan ilmu tentang al-quran dan hadis, dan tunjukkanlah kami jalan yang lurus dan selamat. Permudahkanlah segala urusan kami, semoga kami memperolehi kejayaan imtihan di dunia, dan yang paling penting sekali kejayaan imtihan di akhirat kelak. Hanya KAU sahaja Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami. Amin Ya Rabb...

~~SELAMAT BERMUJAHADAH~~

Bait DarulZikr.
26 December 2009.
Jam 0710 am waktu mesir.

Jumaat, 18 Disember 2009

Wallpaper Lukisan Esok Masih Ada

0 ulasan
Assalamu'alaikum...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji hanya padaNya Tuhan sekalian 'alam. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah 1431H kepada semua pembaca. Apa khabar iman kita? Apa khabar amalan kita? Semoga tahun hijrah yang baru ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Maal hijrah antara hari-hari peringatan yang agung. Mengingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW yang diperbaharui pada awal bulan Muharram setiap tahun, sebagaimana kita mempebaharui bulan Rabiul Awal. Peringatan ini akan menggerakkan kemahuan, menguatkan keazaman. Apakah azam kita tahun ini? Apakah azam kita dah tercapai pada tahun sebelumnya? Mudah-mudahan segalanya urusan kita dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin...

Posting kali ini berkenaan dengan lukisan yang
di edit menjadi wallpaper. Wallpaper gambar setiap karekter atau watak sebuah cerpen akhi Hakimi di blognya http://menjejakharapan.blogspot.com yang bertajuk "Esok Masih Ada". Dan watak utama dalam cerpen ini adalah Razman dan Najwa.


Lukisan karekter dalam cerpen "Esok Masih Ada". Lukisan yang ni belum siap di edit lagi. Perlu dibersihkan dan diperkemaskan dahulu sebelum diwarna supaya kesan padam ketika lakaran kasar tidak kelihatan.


selepas siap di edit dan diwarnakan

Alhamdulillah siap satu wallpaper saya.Untuk paparan yang jelas bolehlah klik pada gambar tersebut then copy buat wallpaper kat desktop komputer :) Melukis dan mewarna masih lagi ditahap belajar. Banyak lagi yang perlu saya belajar dan membuat latihan melukis bagi memperbaiki dan meningkatkan skill melukis saya.

Bait Darul Zikr.
19 December 2009.
Jam 6.35 am waktu mesir.

Sabtu, 12 Disember 2009

Esok Masih Ada : Bahagian Satu

0 ulasan
Assalamu'alaikum..

Sudah sekian lama saya tidak mengupdate blog ini.Alhamdulillah ada sedikit masa untuk membersihkan sawang-sawang yang ada di blog ini :) Dan posting kali ini berkenaan dengan lukisan yang bertajuk "Esok Masih Ada". Idea untuk melukis berkenaan tajuk ini setelah saya membaca sebuah cerpen hasil nukilan akhi hakimi diblognya http://menjejakharapan.blogspot.com.Untuk bacaan cerpen asal boleh lawati blog tersebut.

Sebuah cerpen yang berkisarkan tentang seorang lelaki yang bernama Razman, yang ingin mengenali dengan lebih lanjut seorang ustazah yang bernama Najwa. Seorang ustazah yang berkarektor kerek atau berlagak, yang tidak pernah dilihat oleh Razman sebelum ini. Untuk cerita yang lebih lanjut, bolehlah membaca lukisan tersebut di bawah..semoga kalian terhibur :)

__________________________________________________________


cover "Esok Masih Ada"




Penceramah jemputan dari Kaherah Ustaz Azrul sedang bersemangat memberikan ceramah motivasinya. Tiba-tiba elektrik terputus ketika itu. Keadaan para pendengar sedikit tersentak dek bekalan elektrik terputus. Namun begitu ceramah masih diteruskan kerana masih ada saki baki sinaran cahaya dari celah-celah tingkap yang berada di markaz banat. Oleh demikian markaz itu tidaklah segelap umpama malam tanpa cahaya rembulan.

Razman, salah seorang pendengar yang berada di situ mula gelisah kerana kipas berhenti berpusing. Tangannya mula memandang ke arah lain seolah-olah ingin mencari sesuatu. Ketika itu pandangan matanya mula singgah ke suatu sudut. Lama juga dia memandang ke sudut itu. Penceramah yang dari tadi begitu rancak berada di hadapan pun dia tidak diendahkan lagi. Dan kini matanya tertumpu tepat pada seseorang. Seorang ustazah! Terkebil-kebil matanya memandang ustazah itu. Kawannya yang berada di sisi Razman mula menyedari kelakuan Razman. Ditolak perlahan mukanya mengharapkan Razman mengalihkan pandangan matanya itu. Razman sedar akan perbuatan kawannya itu supaya dialaihkan pandangan, tanpa berfikir panjang Razman segara mengalihkan pandangannya. Dia tersipu malu kerana kawannya tadi menyedari kelakuannya.

Peristiwa yang singkat tadi benar-benar menghairankan razman. Dia sendiri tidak menyangka matanya akan memandang ke arah itu. Ustazah yang dilihatnya tadi benar-benar membuatkan dirinya terpaku. Razman tidak pernah melihat ustazah itu sebelum ini. Namun hatinya bersungguh-sungguh ingin mengenali ustazah tersebut. Perasaan itu hadir tiba-tiba akibat pandangan matanya tepat ke arah ustazah tadi.

"Sapa nama ustazah tadi tu ye? aku tak pernah lihat pun dia sebelum ni?"

Tanya Razman kepada kawannya. Kawannya mula memandang Razman lantas membalas pertanyaannya.

"Ustazah tadi tu? takkan hang tak kenai dia kot...Ustazah kerek tu, awar hang berkenan kat dia ka? toksah dok layan dia laaa...ramai lagi ustazah dekat Mansurah ni.."

Balas kawannya yang bernama Hadi. Dia seolah-olah sudah kenal lama dengan ustazah tersebut.

"Ustazah kerek? amboi sedap mulut ja hang kata kat orang noohhh...kata ngaji agama."

Razman menyindir kawannya.

"Bukan aku yang cakap, satu Mansurah dok kata lagu tu. Aku pun kenai dia sebab panggilan dia tu laaa..."

Hadi cuba memberi alasan. Secaran jujurnya Razman baru sahaja mengenali perempuan tersebut. Pertama kali melihat wajah dan mendengar gelarannya. Ceramah motivasi masih lagi berlangsung. Walaupun keadaan agak panas akibat bekalan elektrik terputus, para hadirin masih lagi tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing. Mereka mendengar dengan penuh kusyuk dan terpegun dengan penyampaian dari Ustaz Azrul tersebut.




Razman melabuhkan badan di birai katil. Mengingatkan peristiwa yang berlaku di markaz sewaktu ceramah motivasi di markaz banat. "Siapakah gerangan perempuan itu?" Hati kecilnya berbisik. "Kenapa mereka memanggil dia dengan panggilan kerek (berlagak)?" Dia masih lagi tertanya-tanya. Terlintas di hati untuk mengenali perempuan itu dengan lebih lanjut. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Kelihatan Hadi yang sedang memasuki biliknya. Kehadiran Hadi seolah-olah ada sesuatu yang ingin dinyatakan pada Razman. Razman sudah dapat mengagak. Hadi melabuhkan punggungnya di sisi Razman.

"Maaflah pasai tadi. Aku nak tanya hang betoi-betoi ni, hang berkenan ka kat ustazah tu?"

Hadi mula menimbulkan persoalan. Razman tersentak dengan pertanyaan Hadi. Tidak disangka soalan itu yang ditanyakan.

"Hmmm..hang ni laaa, takkan baru tengok dah berkenan kot? Tapi hati aku ni kan betoi-betoi nak kenai dia laa...pendapat hang macam mana?"

Terkejut Hadi dengan pertanyaan si Razman. Hadi seolah-olah tidak percaya dengan kata-kata yang diluahkan oleh kawannya itu. Begitu ramai ustazah-ustazah dekat Mansurah, perempuan itu juga yang ingin dikenalinya. Hadi menggelengkan kepada. razman sedar kawannya tidak bersetuju dengan kata-katanya sebentar tadi.




"Kalau hang nak tau kenapa depa panggil kerek kat ustazah tu, meh aku nak cita kat hang. Dia ni suka balik lewat. Maghrib-maghrib baru nak sampai rumah. Pihak DPmm marahlah kat dia. Bila teguq ja dia menjawab balik. Macam-macam alasan dia bagi. Geng Hewi tak larat nak kata pa dah kat dia ni. Berlagak nak mampuih dia tu. Hang nak ka orang camtu?"

Razman mendengar dengan teliti penjelasan Hadi, selepas hadi mengakhiri kalamnya, Razman kembali bersuara.

"Macam tu ka kisahnya...okey tak pa. Mai sini hang tengok nanti, macam mana aku tundukkan ustazah kerek tu! Batu yang keras pun kalau hari-hari kena ayaq ia akan berlekuk juga...."

Razman begitu semangat untuk mengenali perempuan itu. Dia ada cara yang tersendiri untuk menjatuhkan ego perempuan tersebut. Hadi hanya mampu menasihati Razman dan tindakan selajutnya terpulanglah pada si Razman. Hadi meninggalkan Razman sendirian selangkah demi selangkah, sambil Razman mengutus senyuman mengiringi pemergian Hadi dari biliknya.

bersambung.......

p/s: maaf la kimi, aku olah ayat hang sikit,nice cerpen n good job bytheway... :)

Selasa, 1 Disember 2009

Rintihan Subuh...

1 ulasan

Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.

"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Wa'alaikum salam", sahutku.

Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Ku tanya khabar subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

"Tadi....", kata Subuh dengan sayu, "aku baru saja melintasi satu tempat. Ku cari tempat persinggahan, ku ketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satu pun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun berlinangan. "Subuh,usah kau peduli mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan?" Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.

"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya di sebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, manjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling ku suka adalah buah Tahajjud, puas ku cari di bumi lain, tapi jarang ku temui. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas dan leka." Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku faham maksud Subuh.

"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada roti Shiyam", cadangku pada Subuh. Subuh menolak dengan hormat." Roti itu ada tuan punya", kata Subuh.

"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh. "Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh. Aku merasakan serba salah, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kering akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan?

Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik di dalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi ku bawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan ku suakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan senyuman.

"Subuh....", seruku, "mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan ku layan kau dengan sebaiknya wahai Subuh". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak dipenuhi. "Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh", seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?". InsyAllah", jawab Subuh, "bukankah aku kekasih yang kau rindui?". Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Wa'alaikum salam", jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh menghilang dari pandangan.

Begitulah kisah Subuh yang setiap hari menziarahi ke setiap rumah-rumah yang kesunyian menjelang pagi. Menziarahi manusia yang masih lena diulit mimpi indah. Adakalanya Subuh gembira kerana ada tetamu yang menyambutnya dengan hidangan Amalan, tetapi adakalanya Subuh sedih akibat tetamu yang tidak mahu menyambutnya akibat lena mimpi indah mereka.

Dan inilah kisah rintihan Subuh. Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Maghrib dan Isya?. Marilah kita sama-sama renungkan dan muhasabah diri kita. Semoga kita tidak leka dalam melakukan suruhan Allah Yang Maha Agung...

Wallahu 'Alam.

 

Maha Agung Tuhan Pencipta Keindahan Alam Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template