Memaparkan catatan dengan label renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label renungan. Papar semua catatan

Khamis, 20 Mei 2010

MyArtwork | Hanya Tuhan Saja Yang Tahu Jawapannya.

0 ulasan
sebelum edit


selepas edit


Moral: Untuk menghadapi peperiksaan, perlukan persediaan yang secukupnya dari segi kekuatan mental dan fizikal, mengulangkaji pelajaran, hafal dalil serta isi-isi penting, mengingati fakta serta membacanya berulang kali dan memahami kehendak soalan yang diberikan. Jangan jadi macam kat kartun tu ya, tak dapat nak jawab soalan yang diberikan,last-last buat jawapan macamtu,hehe... :)

Amalkan membaca doa ini supaya apa yang kita baca,faham dan hafal tidak lupa, dan semoga kita dapat menjawab soalan dengan baik dan tidak
blur ataupun stress kerana tidak dapat menjawab soalan yang diberikan.





Dengan berkat usaha, doa serta tawakkal kepada Allah SWT, mudah-mudahan Allah mengurniakan natijah kejayaan kepada kita. Amin..

Firman Allah SWT yang bermaksud "Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah SWT menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya" (Surah Ali-Imran:159)

~SALAM IMTIHAN~


Bait Darul Zikr,
Mansurah,
21 May 2010,
Jam 8.56 waktu Mesir.

Selasa, 19 Januari 2010

Berakhirnya Zaman Bujang Seorang Sahabat

1 ulasan
Segala Puji hanya bagi Allah,Tuhan semesta 'alam, Selawat dan salam buat junjungan besar saidina Muhammad SAW, serta ahli keluarga Baginda dan sahabat-sahabat Baginda sekalian.

10 Januari 2010 bersamaan 24 muharram 1431 Hijrah, berakhirlah sudah zaman bujang seorang sahabat saya yang bernama Mohd Hafidzullah Amin bin Borhanuddin dan selamat dinikahkan dengan pasangan hidup Julyza binti Abdul Latif. Majlis akad nikah dibuat di kediaman pihak pengantin perempuan di Pandan Indah, Kuala Lumpur. Dan majlis di pihak pengantin lelaki dibuat pada tarikh 16 Januari 2010 bersamaan 30 Muharram 1431 Hijrah bertempat di Taman Tas Jaya, Gambang, Kuantan.




Walaupun majlis sudah berakhir beberapa hari yang lalu, masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat pengantin baru kepadanya, semoga kalian berdua bahagia hingga ke akhir hayat, cinta bukan sahaja berakhir di jinjang pelamin bahkan mudah-mudahan ianya berkekalan. Semoga Allah memberkati kalian berdua.



Zaman bujang telah dia tinggalkan, dan kini bermulalah sebuah episod kehidupan berumahtangga. Status pun sudah berubah dan tanggungjawab juga bertambah sebagai seorang suami dan ketua rumahtangga. Terasa gembira dan bahagia melihat Amin (nama panggilan) sudah pun berkahwin dan saya tidak menyangka di antara kami ini dia dahulu yang mendirikan rumahtangga, apa-apa pun ucapan tahniah kepada amin.

Setelah Amin berkahwin, ada juga sahabat-sahabat lain bertanyakan kepada saya bila mahu mendirikan rumahtangga. Jawapan ringkas saya berikan
"nak kawin camne bakal pun tak ade,ni belajar pun belum habis lagi". Bagi saya hendak kahwin ni mudah, akan tetapi kehidupan selepas perkahwinan itu bukan semudah yang dijangkakan, bukan mudah untuk melayari kehidupan berumahtangga, selain daripada persediaan yang cukup, ilmu agama juga penting agar rumahtangga itu lebih bahagia dan diberkati. Dan barangsiapa yang mampu dan sudah bersedia silakan sahaja untuk berkahwin, seperti mana hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim yang bermaksud :

"Wahai pemuda-pemuda, barangsiapa diantara kamu yang berkemampuan untuk kahwin, maka kahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan, tetapi barangsiapa yang belum mampu hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu sebagai benteng (menahan nafsu) " (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikaNya diantara kamu sifat kasih dan sayang." (Surah Ar-Rum:21)

Dan Islam juga telah menggariskan beberapa panduan yang penting bagi setiap umatnya untuk memilih pasangan di dalam hidupnya, antara pemilihan yang biasa disebut dan secara jelas dapat dilihat dari hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah.

Diriwayatkan oleh Abi Hurairah r.a katanya : Nabi SAW telah bersabda : " kahwinilah perempuan itu dengan empat perkara : kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah kamu memilih yang taat pada agamanya, itulah pilihan yang terbaik."

Setelah berkahwin, suami adalah ketua keluarga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluarga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami wajib mengawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan kerja, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.

Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah SAW menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah SWT. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. Rasulullah SAW juga berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik. Rasulullah SAW bersabda dalam hadisnya yang bermaksud :

"Takutilah Allah di dalam mendidik dan memimpin isteri-isteri kamu, kerana sesungguhnya mereka itu adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa yang tidak memerintahkan isterinya solat, dan mengerjakan agama kepadaNya, maka dia telah berkhianat kepada Allah dan RasulNya."

Berkenaan dengan amanah ini, teringat saya pada kata-kata Imam Al-Ghazali, Imam Al-Ghazali berkata : "Siapa yang mengkahwinkan anak perempuannya dengan lelaki fasiq, maka dosanya seperti memutuskan silaturrahim dan dia telah mensia-siakan amanah Allah yang diberikan kepadanya."

Apabila suami sebagai ketua di dalam rumahtangga, maka isteri itu timbalannya yang mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu, dan diantara tanggungjawab isteri ialah bergaul dengan suami secara baik. Menurut Ulama' Mazhab Imam Syafie, wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik dan mengendalikan kerja-kerja rumah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat kepada perintah suaminya, tidak boleh keluar rumah kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci suaminya masuk ke dalam rumahnya." (Riwayat At-Tabrani)

Menurut riwayat Janzani, Rasulullah SAW menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja-kerja di luar rumah. (Al-Mar'ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta'al Al-Jibry)

Berhias untuk suami, Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas, dengan itu suami menjadi terhibur ketika disampingnya. Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham dan benar-benar perihatin. Ibnu Al-Aswas Al-Dualy berkata kepada isterinya :

"Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula akan menenangkan kamu, jika tidak, janganlah kita bersama-sama."

Jadi kepada Amin sahabatku, nasihatku semoga anda menjadi seorang suami yang bertanggungjawab mendidik isteri dan anak-anak, tanggungjawabnya amat besar dan akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak. Dan semoga apa yang telah ku tulis ni, dapatlah memberi sedikit sebanyak untuk dibuat rujukan, koi ni teorinya ada..tapi praktikalnya belum lagi..hehehe, (keluar bahasa org pahang dah) ;)

Takpelah min..koi ni tumpang gembira dan bahagia lihat aok bahagia :) turn koi ni tak tau la bile,ade jodoh ade rezki insyAllah biiznillah kawin la jgk koi ni,bak kata dayat "x lari gunung dikejar" :) doa koi semoga bahagia dunia dan akhirat,hanye itu saje yang mampu koi berikan, ingatan seorang sahabat dalam doanya. ALL THE BEST YAAAA.... :)


Bait Darulzikr.
Mansurah.
20 Januari 2010.
Jam 11.10 am waktu Mesir.

Selasa, 1 Disember 2009

Rintihan Subuh...

1 ulasan

Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.

"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Wa'alaikum salam", sahutku.

Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Ku tanya khabar subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

"Tadi....", kata Subuh dengan sayu, "aku baru saja melintasi satu tempat. Ku cari tempat persinggahan, ku ketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satu pun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun berlinangan. "Subuh,usah kau peduli mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan?" Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.

"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya di sebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, manjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling ku suka adalah buah Tahajjud, puas ku cari di bumi lain, tapi jarang ku temui. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas dan leka." Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku faham maksud Subuh.

"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada roti Shiyam", cadangku pada Subuh. Subuh menolak dengan hormat." Roti itu ada tuan punya", kata Subuh.

"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh. "Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh. Aku merasakan serba salah, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kering akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan?

Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik di dalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi ku bawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan ku suakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan senyuman.

"Subuh....", seruku, "mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan ku layan kau dengan sebaiknya wahai Subuh". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak dipenuhi. "Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh", seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?". InsyAllah", jawab Subuh, "bukankah aku kekasih yang kau rindui?". Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Wa'alaikum salam", jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh menghilang dari pandangan.

Begitulah kisah Subuh yang setiap hari menziarahi ke setiap rumah-rumah yang kesunyian menjelang pagi. Menziarahi manusia yang masih lena diulit mimpi indah. Adakalanya Subuh gembira kerana ada tetamu yang menyambutnya dengan hidangan Amalan, tetapi adakalanya Subuh sedih akibat tetamu yang tidak mahu menyambutnya akibat lena mimpi indah mereka.

Dan inilah kisah rintihan Subuh. Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Maghrib dan Isya?. Marilah kita sama-sama renungkan dan muhasabah diri kita. Semoga kita tidak leka dalam melakukan suruhan Allah Yang Maha Agung...

Wallahu 'Alam.

Isnin, 23 November 2009

Kita Ini Pengikut Siapa?

0 ulasan

Para Salaf kita sangat tekun mengamalkan sunnah dan solat malam. Habib Segaf bin muhammad As-Segaf berkata, "Aku tidak pernah meninggalkan qiyamullail sejak usia 7 tahun." Dalam Risalatul Qusyairiyah seorang soleh berkata, "Sejak usia 3 tahun, aku tidak pernah meninggalkan qiyamullail."

Abu Yazid Al-Busthami di masa kanak-kanaknya, belajar mengaji Al-Quran pada seorang guru. Suatu saat ketika beliau sedang membaca Al-quran sampai pada firman Allah yang bermaksud: "Hai orang yang berselimut, bangunlah (untuk solat) di malam hari, kecuali sedikit masa (yang diperuntukkan untuk berehat), iaitu separuh daripada waktu malam, atau kurangkan sedikit masa separuh itu." (Surah Al-Muzammil:1-3)

Selepas pulang dari belajar, dia bertanya kepada ayahnya, "Ayah, siapakah orang yang diperintahkan oleh Allah untuk bangun malam?". Jawab ayahnya, "Anakku, baginda adalah Nabi Muhammad SAW. Aku dan kamu tidak mampu mengikuti perbuatan beliau." Abu Yazid terdiam.

Pada pelajaran berikutnya, dia membaca ayatyang bermaksud : "Dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersamamu." (Surah Al-Muzammil:20). Selepas pulang dari belajar, dia bertanya lagi kepada ayahnya. "Siapakah yang bangun malam bersama Nabi SAW?." Jawab si ayah, "Anakku, mereka adalah sahabat-sahabat baginda." Dia bertanya lagi. "Ayah, jika kita tidak seperti Nabi dan tidak pula seperti sahabat-sahabat baginda,lalu kita ini seperti siapa?."

Mendengar ucapan ini, tergeraklah hati si ayah untuk bangun malam. Hari itu juga, dia memulakan solat malam. Si kecil Abu Yazid ikut bangun. "Tidurlah anakku, engkau masih kecil." pujuk ayahnya. "Ayah, izinkan saya solat bersama ayah, kalau tidak aku akan mengadukan ayah kepada Tuhanku." jawabnya. Lalu si ayah pun berkata "Tidak demi Allah, aku tidak ingin kamu mengadukan aku kepada Tuhanmu, mulai malam ini solatlah bersamaku." Abu yazid selalu bermujahadah hingga ia mencapai kedudukan yang tinggi di sisi Allah.

Tingkat ketekunan menentukan darjat ketinggian. Siapa ingin kemuliaan bangunlah di waktu malam untuk solat sunat mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta. Berangsiapa bersungguh-sungguh, dia akan memperolehi apa yang diinginkan. Barangsapa mengetuk pintu, dia akan masuk. Barang siapa menempuh perjalanan, dia akan sampai dan menganggap kecil apa yang telah dikorbankan.

Penuntut ilmu hendaknya bangun sebelum fajar, walaupun hanya setengah jam sebelumnya. Jika dia bangun setelah fajar, maka syaitan telah kencing di telinganya. Dan barangsiapa telinganya dikencig syaitan, dia akan memulakan harinya dengan perasaan malas. Syeikh Ahmad bin Hajar berkata bahawa syaitan benar-benar telah kencing ditelinga orang itu, namun ia tidak wajib menyucikannya kerana kejadian itu bersifat batiniyah. Renungan serta muhasabah untuk kita semua. Semoga kita mempunyai kedudukan di sisi Allah SWT, kerana orang yang mulia di sisi Allah SWT itu adalah orang yang benar-benar bertaqwa.

Wallahu 'Alam.

Sabtu, 21 November 2009

Kisah Paku Di Tiang

0 ulasan

Suatu ketika dahulu, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Mat. Mat membesar. Mat membesar menjadi seorang yang lalai menunaikan seuruhan agama. Meskipun telah berbuih nasihat, suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat sembahyang, puasa dan lain-lain amal kebajikan, dia tetap meninggalkannya. Seabilknya amal kejahatan pula yang menjadi kebiasaannya.

Kaki judi, kaki botol, dan seribu satu macam kaki lagi menjadi kemegahannya. Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau ni terlalu sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akan pacakkan satu tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau berbuat satu kejahatan, maka aku akan benamkan satu paku ke tiang ini. Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan ku cabut keluar dari tiang ini."

Bapanya membuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia akan memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar die mencabut keluar paku dari tiang tersebut.

Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim ribut tengkujuh berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar. Tiang yang berdiri megah di halaman kini telah hampir penuh dengan tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan tiang itu dipenuhi dengan paku-paku. Ada yang berkarat dek kerana hujan dan panas. Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu. Maka dia pun berazam untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula berubah dan sembahyang. Hari itu saja lima batang paku dicabut ayahnya dari tiang. Esoknya sembahyang lagi ditambah dengan solat-solat sunat. Lebih banyak lagi paku yang dicabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah paku-paku yang dicabut dari tiang tersebut. Hari demi hari, semakin banyak kebaikan yang Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggalkan, hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang tinggal melekat di tiang.

Maka ayahnya pun memanggil anaknya dan berkata : "Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan ku cabutkannya keluar sekarang. Tidakkah kamu gembira?" Mat merenung pada tiang tersebut, tapi sebalik melahirkan rasa gembira sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia mula menangis teresak-esak. tanya ayahnya, "Kenapa anakku?""aku menyangkakan tentunya kau gembira kerana semua paku-paku tadi telah tiada." Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku-paku itu telah tiada, tapi aku tetap sedih kerana parut-parut lubang dari paku itu tetap kekal ditiang, bersama dengan karatnya."

Sahabat-sahabat yang dimuliakan, nasihat serta muhasabah untuk diri saya dan juga sahabat-sahabat, dengan dosa-dosa dan kemungkaran yang seringkali diulangi hinggakan menjadi satu kebiasaan, kita mungkin boleh mengatasinya, atau secara beransur-ansur menghapuskannya, tapi ingatlah bahawa parut-parutnya akan kekal. Dari itu, bilamana kita menyedarkan diri ini melakukan suatu kemungkaran ataupun keburukan, maka berhentilah serta-merta. Kerana setiap kali kita bergelumang dalam kemungkaran, maka kita telah membenamkan sebatang paku yang akan meninggalkan parut pada jiwa kita, meskipun paku itu telah kita cabut kemudiannya. Apatah lagi kalau kita biarkan ianya berkarat dalam diri ini sebelum dicabut. Lebih-lebih lagi kalau dibiarkan berkarat dan tidak dicabut.

Luahan Hatiku :- "Kepada sahabat-sahabat, andai ku ada melakukan kesilapan, terkasar bahasa, serta mengguris hati sahabat-sahabat sekalian samada secara sengaja ataupun tidak, maafkanlah daku. Ku hanya manusia biasa yang seirng melakukan kesilapan, adai aku lalai andai aku melakukan kesilapan, tegurlah ku...."

Wallahu 'Alam.

Rabu, 11 November 2009

Harga Sebuah Ketenangan

0 ulasan

Fitrah manusia sememangnya inginkan ketenangan. Ketenangan dicari dan diburu oleh jutaan manusia di dunia pada hari ini. Terjadinya krisis di dunia pada hari ini kerana tiada ketenangan dan kasih sayang. Ketenangan adalah kunci pembuka gedung perasaan dan fikiran. Kita boleh membuka tabir-tabir perasaan manusia dengan ketenangan yang dimiliki. Kita juga boleh membuka lembaran fikiran manusia dan mengambil ilmu daripadanya.

Sebenarnya ketenangan itu menjadi kecemburuan orang, lebih-lebih lagi syaitan. Syaitan tidak dapat menguasai orang yang tenang. Demikian juga Yahudi, kafir dan munafik. Mereka tidak dapat menguasai peribadi Muslim yang tenang. Ketenangan yang dimiliki apabila digunakan untuk menyuluh dan mengawal roh, perasaan dan jalan berfikir manusia, akan menghasilkan kesan yang hebat dan diluar jangkauan akal di dalam perlakuan mereka mengendalikan ekonomi, politik, pentadbiran dan kerja-kerja lain.

Ketenangan inilah yang dicari-cari oleh ahli fikir kerana mereka tahu bahawasanya idea yang hebat diwaktu tenang akan luar biasa kesannya kepada orang yang mendengar ucapan dan membaca tulisannya. Mereka yang mengeluarkan idea atau memerah fikiran di dalam keadaan jiwa gelisah dan tidak tenteram, sama seperti industri yang mengeluarkan bahan-bahan yang tidak bermutu atau rendah kualitinya. Besar kemungkinan barangan itu akan di reject oleh piawaian. Kalau dipasarkan juga ke tengah masyarakat, harganya akan jatuh menjunam. Demikian harga buah-buah fikiran dari mereka yang resah gelisah.

Ketenangan itu sangat tinggi nilainya. Ia tidak diniagakan di Bursa Saham Kuala Lumpur atau Tokyo, juga tidak diniagakan di Wall Street, tetapi diniagakan di dalam pasaran Kalbu Mukminin iaitu hati manusia di seluruh dunia dan sepanjang zaman. Ramai manusia yang cuba menanam modal untuk mengaut keuntungan yang besar iaitu ketenangan. Tetapi yang mencapai peringkat tenang itu sedikit. Yang banyak ialah mereka yang salah menanam modal kerana ditipu oleh Bursa Saham Duniawi.

Sememangnya mata benda dunia itu diselaputi dengan keindahan dan ketenagang yang palsu. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

" Dijadikan indah pada (pandangan) manusia berbagai keinginan yang terdiri daripada wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan sesungguhnya kepada Allahlah tempat kembali yang baik (syurga). Katakanlah: Inginkah aku khabarkan apa yang lebih baik dari yang demikian itu? untuk orang-orang yang bertaqwa (kepada Allah) pada sisi Tuhan mereka ada syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Dan (ada pula) isteri-isteri yang disucikan serta keredhaan Allah dan Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya. Iaitu orang-orang yang berdosa : Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman. Maka ampunkanlah segala dosa kami dan peliharalah kami dari seksa api neraka."

(Surah Ali-Imran: 17-23)

Ketenangan itu adalah harta kekayaan yang maknawi, yang abstrak, bukan zahiri. Bukan barang nyata yang dilihat oleh mata kepala. tetapi ia berada di alam rasa yang luasnya lebih luas dari alam cakerawala. Untuk mendapatnya adalah sangat sukar. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

" Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang."

(Surah Ar-Raad: 28)

Mengingati Allah sehingga melahirkan tenang bukannya senang. Ramai orang yang beribadah dan mengingati Allah, tetapi jiwa mereka kusut, mengapa??. Kerana ibadah mereka itu tidak dijiwai dan dijagai adabnya. Tuntutan ibadah tidak dilaksanakan. Ramai manusia fikir apabila menunaikan ibadah kepada Allah, mereka telah melaksanakan tuntutan ibadah. Belum selesai lagi. Kerana tuntutan ibadah itu ada hubungannya dengan manusia. Ibadah melahirkan akhlak. Akhlak melhirkan kasih sayang dan kemesraan sesama manusia. Jikalau kasih sayang sesama manusia belum wujud di dalam diri kita, ertinnya ibadah yang kita lakukan masih belum sempurna. Kerana itu ramai yang kita lihat rajin sembahyang, rajin berpuasa, rajin pergi umrah tetapi hati mereka tidak tenang, kenapa??? kerena mereka rajin pergi umrah tetapi jiran mereka kelaparan mereka tidak ambil tahu. Mereka rajin sembahyang, tetapi jiran mereka tidak ada pakaian, mereka tidak peduli. Tidak ada kasih sayang, tidak ada hubungan persaudaraan. Maka hasilnya tiada keberkatan dan ketenangan.

Kerana itu barang siapa yang memiliki ketenangan, hendaklah menghebah dan memberikannya kepada yang lain yang memerlukannya. Bagaimana caranya?

1) Melalui nasihat.
2) Mendoakan orang yang gelisah itu supaya tenang.
3) Menghadiahkan zikir, wirid dan tahlil.
4) menunjukkan muka tenang kepada orang yang gelisah.

Itulah tuntutan yang perlu kita sempurnakan apabila kita telah diberi nikmat ketenangan. Nikmat jikalau kita syukuri dan jagai dengan adab dan tertib akan ditambah oleh Allah s.w.t. Perbanyakkanlah doa dan beribadahlah kepada Allah semoga Allah memberikan kita ketenangan yang hakiki dan abadi. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Wallahu 'Alam.

Selasa, 20 Oktober 2009

Ada Apa Dengan Jari

0 ulasan

Sekadar renungan bersama....

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat 5 waktu jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari tu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biar dari rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Seterusnya naik kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira...pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukallaf. Pastinya sudah dipertanggungjababkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.

Kemudian naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seseorang itu mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah s.w.t ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembinmbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan perlbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka baik dan kita patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan itulah rahsia kejayaan anda. Akhir kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda kelima-limanya itu. Renung dan fikir dalam-dalam, dimanakah kedudukan kita sekarang???

Wallahu 'Alam.

Jumaat, 2 Oktober 2009

Tempahkan Sebuah Bilik Di Neraka Buat Ku!

0 ulasan
kematian itu pasti

Kisah ini diambil dari majalah Iskandariah Mesir "MANAR ISLAM"

Menurut majalah tersebut, pada hari kejadian, gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat barat itu menaiki sebuah mikrobas atau bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keIslaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut di sembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau bukan mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang di penuhi uban menegurnya..

"Wahai pemudi...alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki." Nasihat orang tua itu kepadanya.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu di jawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek.

"Siapalah kamu hai orang tua? apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?."

Setelah menghemburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telifon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dasyat.

"Ambil telifon ku ini dan hubungilah Allah serta tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untuk ku." katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis itu. Sayang wajahnya ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam, ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

10 minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidal sedarkan diri. Tiba-tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak di sangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tetapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. 2 3 orang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati menimpa gadis malang tersebut.

Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka jahanam dimakbulkan Allah??

Na'uzubillah...sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali-kali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya dengan mempersendakan atau mengejek.

Kata-kata seperti ajaran Islam tidak sesai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan membuatkan kita jadi kaya atau seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah pencipta seluruh 'alam.

Ingatlah teman-teman, kita boleh melupakan kematian....tapi kematian tetap akan terjadi pada kita, hanya masa saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke 'alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh..siapakah orang yang bodoh itu?? mereka itulah orang-orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin...

Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu perihatin takut-takut melanggar undang-undang itu.

Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah digubah oleh yang menjadikan bumi ini, setiap Sultan ada taman larangannya, beitu juga Allah s.w.t, taman larangannya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hambaNya di muka bumi ini.

Marilah kita sama-sama memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.Amin...

Wallahu 'alam.

Jumaat, 18 September 2009

Muhasabah di Penghujung Ramadhan

0 ulasan

Catatan di penghujung Ramdhan al-Mubarak madrasah tarbiyyah.....

Ramadhan yang datang sarat dengan berkat telah membahagikan fadhilatnya pada jiwa-jiwa pilihan. Kini pemergiaanya yang semakin menirus adalah lambaian yang semakin menjauh mengguris pilu di kalbu....Keharuan itu semakin mendalam dialun suara imam tarawih merintih rahmat dan maghfirah dari rabbul ghafur zurrahmah di segenap masjid-masjid.

Kudus Ramadhan yang masih dalam pelukan akan berpisah jua membawa kepada hamba yang ibadatnya tak seberapa...Surau-surau dan masjid-masji akan kembaliterpinggir. Kemeriahan berbuka puasa dan menjamah selera selepas tarawih akan beralih ke dalam kamus kenangan dan saf-saf solat akan turut surut. Adakah kudus pilu itu membangkitkan diri ini mendekatiMu Ya Rabbi!! Tahajud dan hajat di malam ramadhan begitu ringan merapatkan harapan. Alangkah manisnya agar semua catitan indah berkekalan...Berlakukah Lailatul Qadr tanpa disedari??? Malam seribu bulan gandaan itu hanya layak bagi hamba pilihanMu...

Akan kembalikah diri fakir ini menikmati kemanisan beribadat di penghulu bulan barakah??? Akan bersama lagikah dengan kebasahan air mata keinsafan??? Akan bersama lagikah dengan mereka yang Kau kasihi???

Alangkah indahnya mendengar basah bibir bertilawah di malam hari. Zikir munajat para muttaqin. Ia umpama kekasih yang mulai pergi dan berdekadlah ia bakal dirindui. Duhai Ramadhan, selamat tinggal....Moga umurku dipanjangkan lagi untuk kita bersua kembali...Syukur jutaan syukur...Jutaan jualah harapanku..Aminnn...

Salam Edulfitri..bergembiralah moga-moga kita antara golongan yang mendapat kemenangan dari Allah...Maaf Zahir & Batin...Salam ukhuwwah...dari perlembahan Nil...

Wallhu 'Alam.

Selasa, 1 September 2009

Kisah Teladan Untuk Renungan Bersama

0 ulasan
Assalamu'alaikum...

Dengan Nama Allah ku memulakan penulisan ini. Segala puji dan syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah kita masih lagi berada di bulan mulia bulan penuh barokah ramadhan kareem madrasah tarbiyyah. Tingkatkan ketaqwaan dan banyakkan amalan di bulan mulia ini ikhlaskan diri serta niatkan semata-mata kerana Allah, kerana setiap amalan yang dilakukan pada bulan ramadhan ini, ganjarannya berlipat kali ganda insyAllah.


Posting kali ini berkaitan dengan suatu kisah yang benar-benar berlaku untuk kita ambil sebagai ikhtibar dan pengajaran. Kisah ini saya dapat dari seorang sahabat yang menghantarkan email kepada saya. Sama-sama kita renungkan berdasarkan kisah tersebut...

Ini kisah bena..kisah seorang gadis melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar "Membangun Bersama Islam", kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Bilion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan, peraturan ini bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termaksuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang. Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? kenapa tak boleh sediakan syurga je? macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun menjawab : "Dik..kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam..hidup senang..lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe...sebab neraka tak ada.Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..kan Tuhan tu baik??

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan "lulus" percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu "baik". Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?". Tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila Tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam..

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ini kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalami diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah..mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga...Assalamualaikum".

Semoga menjadi teladan buat semua pembaca yang saya kasihi sekalian...Selamat menjalani ibadah puasa, semoga ramadhan kali ini penuh makna dan dilalui dengan sempurna.. : )

Wallahu 'Alam.

Selasa, 18 Ogos 2009

Adat Vs Syariat : Hukum Memakai Inai

0 ulasan
Assalamu'alaikum...

Dengan nama Allah ku memulakan penulisan ini. Segala puji bagi Allah Tuhan yang menciptakan 7 petala langit dan 7 petala bumi. Selawat serta salam buat Rasul utusan terakhir penutup sekalian Nabi, Nabi Muhammad s.a.w. Posting kali ini berkenaan dengan hukum memakai henna (inai).



Hal ini telah pun berkali-kali ulama' memperkatakan berkenaan hukum memakai henna (inai), tetapi masih ada lagi dikalangan masyarakat melayu khususnya yang beragama Islam melakukannya, samaada inai yang berupa awan larat atau daun yang diukir di atas tapak tangan wanita mahupun inai yang dipakai oleh pengantin lelaki ketika majlis perkahwinan. Biasanya bagi pengantin lelaki, mereka hanya memakai pada 3 jari sahaja. Kenapa 3 jari sahaja? dan inilah yang dikatakan adat.


Dr. Yusuf al-Qordhawi menyatakan ulama' berpendapat bahawa hukum lelaki memakai inai di kukunya adalah di antara haram dan makruh. Ini kerana ia menyerupai perhiasan wanita. Inai yang digunakan untuk perubatan (medication) tidaklah mengapa. Inai di rambut lelaki adalah harus. Perlu di ingat di sini adalah penggunaan inai, bukannya penggunaan pewarna rambut dan ternyata hukum mewarnakan rambut selain menggunakan inai adalah haram.

Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada Baginda s.a.w. Lalu baginda melihat tangan itu seraya bersabda: "Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan". Perempuan itu menjawab: "Aku ialah seorang wanita". Baginda bersabda: "Sekiranya kamu seorang wanita, berbezalah dengan memakai henna (inai) di jarimu". (hadith riwayat Abu Daud)

Mazhab Hanbali berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan untuk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala samada kepada lelaki ataupun perempuan.

Manakala mazhab syafie pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian tubuh badan kecuali tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal-hal perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.

Imam an-Nawawi dalam fatwa al-Majmu' berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai hennai di tangan dan kaki mereka.

Manakala mazhab Hanafi dan Maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota mereka kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.

Pendapat ini berdasarkan dalil dari hadis yang diriwayatkan daripada
Khawlah Bint Hakim daripada ibunya bahawa Rasulullah s.a.w memberitahu kepada Ummu Salamah, "Jangan memakai sebarang wangian ketika kamu berada dalam ihram. Juga pada henna (inai) kerana ia juga adalah wangian." (diriwayatkan oleh At-Tabrani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma'rifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam At-Tamheed)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dengan henna (inai) dibawa ke hadapan Rasulullah. Dikatakan kepada Rasulullah s.a.w: "Wahai Rasulullah, lelaki ini cuba menyerupai wanita." Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi' (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada Rasulullah s.a.w: "Kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda s.a.w bersabda: "Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang."
(diriwayatkan oleh Abu Daud, sahih Al-Jaami', 2502)

Berdasarkan 3 hadis di atas, wanita diharuskan memakai inai pada tangan dan kai mereka tetapi berwaspada sekiranya tujuan pemakainya adalah untuk seperti memakai wangian dengan tujuan tabarruj, maka ia adalah haram.

Hadis yang pertama dan ketiga, bahwa galakan Rasulullah s.a.w menyuruh kaum wanita untuk memakai inai pada tangan adalah untuk membezakan antara lelaki dan perempuan. Di sini datang pula hadis Nabi bahawa Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.



Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :-

Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu."
(hadis bil. 2003 : Sahih Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)"
(hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."

Mengenai penjelasan hukum memakai inai baik lelaki mahupun wanita samada di hujung jari mahupun ukiran awan larat atau gambar,sudah jelas hukumnya berdasarkan pendapat ulama' dan dalil yang diberikan. Tetapi masih ada lagi dikalangan masayarakat yang melakukannya. Nak kata tidak diberi penjelasan, saya kira sudah berbuih mulut ustaz-ustaz mahupun ulama'-ulama' mengatakan tentang hukum tersebut. Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai pembaca yang budiman....

Wallahu 'Alam.

Sumber :-
Kitab Sahih Bukhari.
Kitab Sahih Muslim.
Kitab Sahih Al-Jaami'
http://www.zaharuddin.net

Ahad, 9 Ogos 2009

Perjuangan Kita

0 ulasan
Assalamu'alaikum, salam perjuangan buat semua...

Dengan nama Allah ku memulakan penulisan. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, ku panjatkan syukur kepadaNya. Selawat serta salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Segala puji bagi Allah dan izinNya setelah menyepi sekian lama, dapat saya meneruskan kembali penulisan ini. Posting kali ini berkenaan dengan perjuangan kita. Apakah sebenarnya perjuangan itu? Kenapa kita berjuang? Untuk apa kita berjuang? Adakah perjuangan itu di medan perang semata-mata? dan apakah kita sedar, adakah perjuangan kita ini memperjuangkan kalimah Allah atau sebaliknya? Banyak persoalan yang timbul di sini.


Kita umat Islam hendaklah ingat, perjuangan kita adalah untuk menegakkan kalimah Allah. Jangan lupa keadaan ini walau di dalam keadaan susah atau senang. Kita mesti perjuangkan kalimah Allah ini walau di dalam keadaan yang bagaimana sekalipun. Suasana dan keadaan yang berlaku hanya seperti perubahan-perubahan cuaca bagi manusia. Yang penting umat Islam dapat hidup di dalam apa jua suasana dan keadaan sekalipun.

Sekiranya anda berada di dalam limpahan rezeki berbentuk harta dan wang yang melimpah-limpah, jangan lupa perjuangan kita adalah perjuangan mendaulatkan kalimah Allah. Jikalau anda berada di dalam keadaan terhimpit dan tertekan, jangan lupa perjuangan kita adalah menegakkan kalimah Allah. Begitu juga kalau anda sebagai penguasa dan pemerintah di atas muka bumi ini, jangan lupa perjuangan kita adalah untuk menegakkan kalimah Allah.

Perjalanan hidup merubah suasana manusia adakalanya miskin, adakalanya kaya. Ada ketika menjadi kaum muslimin yang tertindas dan pada waktu yang lain menjadi penguasa-penguasa alam. Perjalan hidup ini tidak sepatutnya mengubah cita-cita perjuangan mendaulatkan kalimah Allah. Ada orang yang lupa dengan cita-cita mendaulatkan kalimah Allah setelah dia sangat sempit kehidupannya. Ada yang lupa kerana mendapatkan isteri yang cantik. Ada orang yang meninggalkan cita-cita menegakkan kalimah Allah ini setelah banyak diuji dengan berbagai ujian.

Kita perlu ingat bahawa seorang Islam itu tidaklah mulia kerana dia kaya, menjadi orang yang berharta, menjadi penguasa dan ternama. Dan tidak pula menjadi hina kerana miskin atau dibenci atau dibuang orang keluar negerinya. Tetapi seorang muslim itu mulia kerana jihad dan perjuangannya menegakkan kalimah Allah.

Kekufuran tidak perlu diperjuangkan kerana ia ibarat sampah sarap atau sisa buangan. Ia akan sentiasa ada sepanjang zaman. Tetapi Islam mesti diperjuangkan oleh pendukungnya. Jikalau di dalam golongan kuffar, terdapat golongan kaya, di dalam golongan muslim juga ada golongan kaya. Jikalau di dalam golongan kuffar ada golongan miskin, golongan muslim juga ada golongan miskin. Jikalau di dalam golongan kuffar itu ada pemimpin, di dalam golongan Islam juga ada pemimpin. Jikalau di dalam golongan kuffar itu ada ramai pengikut, golongan Islam juga punyai ramai pengikut. Yang membezakan kuffar dan muslim adalah cita-citanya di dalam menegakkan ideologi di atas muka bumi ini. Seorang muslim yang sejati ialah mereka yang sentiasa terus menerus berjuang menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini di dalam apa jua keadaan dan suasana sekalipun.

Berpegang teguh pada perjuangan menegakkan kalimah Allah inilah yang akan mengumpulkan kita dengan ilmu, kumpul sahabat, kumpul semangat, bina ukhwah dan persaudaraan, bina ekonomi dan kemajuan, bina kesedaran, bina sistem pendidikan, bina insan dan segala-galanya. Semua itu perlu kita laksanakan kerana hendak mencapai cita-cita mendaulatkan kalimah Allah. Semuanya ini adalah alat untuk mencapai matlamat mendaulatkan kalimah Allah. Mari kita bangunkan ekonomi untuk daulatkan kalimah Allah. Mari kita kuatkan ukhwah dan persaudaraan di dalam menegakkan kalimah Allah. Mari kita tambah ilmu, bina semangat kerana hendak menegakkan kalimah Allah. Mari kita beri kesedaran kepada masyarakat kerana hendak menegakkan kalimah Allah. Pendek kata apa sahaja yang kita lakukan adalah mendaulatkan hukum hakam Allah di atas muka bumi ini.

Lihatlah betapa banyaknya hukum Allah yang masih tidak dilaksanakan di atas muka bumi ini sama ada pada diri, keluarga atau masyarakat. Siapa yang hendak dipersalahkan dan kepada siapa hendak dipertanggung jawabkan. Bukankah kepada kita semua???? Renungkanlah....

Ayuh!!! bangun berjuang. Kalau anda tidak mahu berjuang mendaulatkan hukum hakam Allah, besar kemungkinan akan berlaku 2 perkara : pertama, hukum-hukum thagut akan terus mengongkong anda seumur hidup atau kedua, Allah akan gantikan dengan golongan muslimin yang lebih baik dari anda untuk menegakkan kalimah Allah. Mahukah anda jadi hina kerana tidak berjuang??? Orang yang tidak mahu berjuang sama seperti lelaki yang rumahnya dimasuki perompak dan kerena tidak berani membela dan melawan maka anak isterinya dirogol dihadapan mata sendiri. Dia pasti tidak akan lupakan peristiwa itu seumur hidup. Peristiwa itu pasti akan menghantui fikirannya. Dan dia akan berkata:

"Lebih baik aku mati daripada menanggung hina sebegini rupa."

Padahal jikalau dia membela anak dan isterinya diwaktu itu dan dia mati, maka matinya adalah mati yang mulia. Demikianlah tamsil bagi seorang muslim yang tidak mahu berjuang menegakkan kalimah Allah ketika orang-orang yang menyeleweng telah cuba merobohkan agama Islam yang kita cintai ini.

Sebenarnya orang muslim yang tidak mahu berjuang, tidak ada niat untuk berjuang atau membenci perjuangan mendaulatkan kalimah Allah, lebih baik mati kalau hidupnya pun tiada guna dan erti, kerana sama dengan mayat-mayat yang bergelimpangan sahaja. Dia akan semakin raput dan membusuk. Kereputan itu berlaku di dalam kerajaan-kerajaan Islam yang besar-besar suatu ketika dahulu kerana kerajaan itu diwariskan kepada orang-orang yang jiwanya pengecut dan tidak mahu berjuang. Perlu diingat, perjuangan itu bukan hanya dengan slogan dan pekikan. Atau menamakan parti kita parti Islam. Tetapi perjuangan itu ialah berbuat kebaikan dan kebajikan dan menegakkan hukum-hukum Tuhan di dalam diri kita, keluarga, masayarakat dan negara. berbuatlah, nanti Allah akan menilai, Rasul akan merestui dan orang mukmin akan membantu.

Kini dunia Islam telah menjadi bangkai reput, telah membusuk dagingnya dan telah tanggal tulang-tulangnya. Ia akan menjadi tanah, tempat pemakaman sejarah dan peristiwa. Di atas pemakaman sejarah dan peristiwa inilah kita tanam phon-pohon Toyyibah yang baru. Pohon-pohon Toyyibah yang akan diawasi oleh pejuang-pejuang muda yang gigih dan perkasa. Saya harap kitalah pejuang-pejuangnya itu. Ayuh bangunlah bersama-sama demi menegakkan dan mendaulatkan kalimah Toyyibah, kalimah لا اله الا الله محمد رسول الله Takbir!!! ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR WALILLAHILHAMD...

Wallahu 'Alam.

Isnin, 20 Julai 2009

Perempuan Di Neraka

0 ulasan
Assalamu'alaikum..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Setinggi-tinggi pujian dan syukur kehadratNya Tuhan sekalian 'alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia merangkap penutup sekalian Nabi, Muhammad bin Abdullah. Alhamdulillah kiita masih lg berada di dalam bulan Rejab yang mulia, tingkatkan amalan kita untuk saham kita di sana.

Di dalam bulan Rejab, terdapat satu peristiwa penting yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w. Peristiwa ini berlaku pada tanggal 27 Rejab, iaitu peristiwa Nabi s.a.w di isra' mikrajkan. Saidina Ali r.a menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah s.a.w menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa baginda menangis.

Baginda menjawab, "Pada malam aku di isra'kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksaannya."

Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat oleh ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, manakala otaknya mendidih."

"Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya."

"Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan tangannya sampai ke ubun-ubunnya, duhulurkan ular dan kalajengking."

"Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya sinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri."

"Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuj kerana penyakit sopak dan kusta."

"Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"Kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya."

"Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang mengotori tempat tidurnya."

"Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas."

"Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan mahramnya dan suka mengumpat orang lain."

"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang bersolek dan kepada orang lain untuk bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki yang bukan mahramnya."

"Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya duhulurkan ular dan kalajengking padanya kerana ia sewaktu hidup boleh melakukan solat tetapi tidak mengamalkan atau mengerjakannya dan tidak mahu mandi junub."

"Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Setelah mendengar apa yang dikatakan baginda itu, saidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan peringatan ini bukan sahaja untuk kaum perempuan tetapi untuk kaum lelaki juga. Yang merosakkan perempuan adalah kaum sebilangan lelaki kerana iman mereka lemah dan mudah tergoda serta dengan ayat dan janji manis yang tidak akan dikotai.

Yang merosakkan kaum lelaki adalah sebilangan kaum wanita juga, kerana mendedahkan apa yang wajib ditutup, menggoda kaum lelaki yang lemah iman (cepat cair), termakan kata-kata dan janji-janji manis lelaki (dasar jantan). Jika kamu berani bermaksiat maka kamu juga berani masuk dan merasai azab api neraka.

Peringatan serta nasihat kepada diri saya dan sahabat-sahabat sekalian yang membaca, JAGALAH AURATMU, PERGAULANMU, TUTUR KATAMU, TINGKAHLAKUMU DAN MANTAPKAN IMANMU DAN TAQWAMU SEBELUM DILAKNAT DAN DI AZAB OLEH ALLAH SWT!

Wallahu 'Alam.

Ahad, 12 Julai 2009

Dibunuh Kerana Bertudung, Mengapa Berita Ini Ditutup?

0 ulasan

Thursday, July 09, 2009: Seorang wanita Muslim Mesir di bunuh di dalam mahkamah Jerman, apa anda fikir?

Assalamu'alaikum...

Kisah yang menyayat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarkannya sebagai 'Terorist', kerana berliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau BERTUDUNG!!!

Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.

Anda tau apa yang berlaku sesudah itu?

Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4 bulan...tragis bukan??

However last wednesday, Alex stabbed her 18 timee to
death in a German courtroom after the judges
announced she won the case against him, and that he
had to pay 2,800 Euro as a fine for his previous insults.. Lagi di sini.

Belum cukup tragis lagi, ada lagi. Suami Marwa yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan.....akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah...tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang melihat kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwa. Nah...ini betul-betul tragis.

Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18 kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya berkesudahan ditembak.

Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan?

Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya." Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita.

Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah keran darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermmm...logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.

Mungkin ada antara yang memberi entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapa perlu dihebohkan. Ada bukan? ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka-mereka ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China, atau ada antara anda masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.

p/s: Sila panjangkan cerita ini supaya kebenaran itu terserlah. Ingat!! Rasulullah pernah pertahankan aurat wanita rakyatnya hingga ke peringkat negara, begitu juga zaman pemerintahan selepasnya. Contohnya zaman pemerintahan Al-Muktasim, Khalifah sanggup menghantar angkatan tentera hanya kerana aurat seorang Muslimah, begitu juga dalam sejarah Islam masuk ke India juga ada kene mengena dengan aurat seorang Muslimah. Soal maruah dan penghinaan agama bukan soal kecil!! Mati syahid dalam pertahankan maruah agama yang diinjak-injak atau dipijak-pijak.

Wallahu 'Alam.

sumber : http://www.ibnuhasyim.com/2009/dibunuh-kerana-bertudung-mengapa-berita.html

Jumaat, 10 Julai 2009

Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak Di Rogol & Cabul

1 ulasan
Assalamu'alaikum...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji hanya bagi Allah Tuhan sekalian 'alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.

Saban hari kita dengar dan lihat di kaca tv dan di dada akhbar, tentang masalah berkaitan rogol dan cabul sampai ke hari ini masih hangat diperkatakan. Setiap kali baca akhbar ada saja kes berkaitan rogol dan cabul ini, seolah-olah kes ini sudah menjadi satu fenomena yang melanda Negara kita ketika ini. Hari ini kalau kita baca di surat khabar Metro, seorang warga emas yang kemaruk seks merogol seorang wanita kurang upaya, bukan sekali malah 4 kali sehingga wanita itu mengandung sudah 5 bulan. Kejadian ini berlaku di Kota Bharu. Dan banyak lagi kes yang berlaku sebelum ini. Di manakah letaknya sifat perikemanusian mereka? sehingga mereka sanggup melakukan sedemikian rupa. Mana letaknya sifat malu mereka terhadap manusia khususnya terhadap Allah s.w.t? Mana perginya iman mereka?

Posting kali ini berkaitan doa dari hadis sohih khusus untuk mengelakkan wanita di rogol dan di cabul. Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dasyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Doa dari hadis sohih perlindungan setiap kali keluar rumah, iaitu :-

رسول الله يقول من قال بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم ثلاث مرات لم نصبه فجأة بلاء حتي يصبح ومن فالها حين يصبح ثلاث مرات لم نصبه فجأة بلاء حتي يمسي

Dalam sebutan rumi : BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SMA'IE, WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM.

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tida dimudharatkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tudak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membaca ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" (Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidzi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللهم ان كنت تعلم اني اّمنت بك وبرسلك وأحصنت فرجي الا علي زوجي فلا تسلط علي الكافر

Dalam sebutan rumi : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA WA AZ-ZALIM.

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepadaMu dan RasulMu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim." (Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97 ; Musnad Ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393 ; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih)

Semoga ia dapat dilafaz dan di amalkan oleh semua wanita msulimah, cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan RasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatannya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam, sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.r tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya mematuhi syariat yang telah ditetapkan islam itu sendiri. Renugkan dan fikirkanlah wahai wanita muslimah......

Wallahu 'Alam

Sumber : Zaharuddin Abd Rahman - http://www.zaharuddin.net

Selasa, 7 Julai 2009

Larangan Menampakkan Perhiasan Kepada Lelaki Yang Bukan Mahramnya

1 ulasan
Assalamu'alaikum...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji hanya bagi Allah Tuhan sekalian 'alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Marilah kita sama-sama perbanyakkan selawat ke atas baginda di bulan Rejab yang mulia ini, mudah-mudahan kita akan memperoleh syafaatnya di akhirat nanti.

Posting kali ini berkenaan Agama melarang wanita menampakkan perhiasan mereka kepada lelaki yang bukan mahramnya. Kemuskilan kaum wanita yang terjadi pada zaman sekarang ini adalah tentang cara berhias mereka, senang dan mudah berkumpul dan mengerjakan hal-hal yang tidak berguna dan bermanfaat di pusa-pusat keramaian. Semua itu merupakan perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t dan RasulNya.


Yang dimaksudkan dengan wanita yang senang mempamerkan perhiasannya adalah seorang wanita yang senang menampakkan diri di hadapan lelaki dengan segala keindahan yang akan mengundang perhatian kaum lelaki. Misalnya dengan cara pemakaiannya, ucapannya, cara berjalannya mahupun semua sikap yang mendatangkan keghairahan lelaki terpikat kepadanya.

Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud :

"Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu." (surah al-Ahzab :33)

Mujahid mengatakan. "Wanita yang keluar rumah yang berjalan dihadapan lelaki yang bukan mahramnya telah bertabarruj (bersolek) dengan tabarruj jahiliyah.

Tabarruj adalah menampakkan keelokan tubuh dan kecantikan wajah atau seperti kata Imam Bukhari, "Tabarruj adalah perbuatan wanita yang mempamerkan segala kecantikan miliknya."

Sedangkan Qatadah berkata, "Kaum wanita memiliki kesenangan berjalan-jalan dan bersikap manja, dan Allah s.w.t melarang semuanya itu." (Tafsir Al-Quran Al-'Azim, Qatadah 3/482)

Untuk menjaga masyarakat dari bahaya ini dan menjaga tubuh wanita dari tindakan jahat, hendaklah mereka supaya tetap mempunyai rasa malu dan kehormatan demi untuk menghindarkan kaum lelaki agar jangan mudah tertipu dan tersungkur dalam kenistaan, maka Allah melarang wanita dari menampakkan perhiasannya, firman Allah yang bermaksud:

"Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kehormatan mereka (daripada perkara haram) dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya (wajah dan kedua-dua tapak tangan) dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak-anak mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan islam atau hamba-hamba mereka yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang 'aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang yang beriman, agar kamu berjaya." (an-Anur :31)

Ingatlah wahai wanita muslimah akan firman Allah "Dan janganlah menampakkan perhiasannya." Perlu diketahui bahawa perhiasan itu tidak tertentu pada bahagian anggota tubuh badan atau pakaian. Ayat tersebut secara tegas menunjukkan bahawa setiap anggota tubug boleh jadi merupakan perhiasan dan punca dari timbulnya rangsangan dan wanita yang bertaqwalah yang dapat menghargai hal itu, kerana alasan takut akan siksa dan murka Allah.

Dari Abu Hurairah r.a, beliau menceritakan, Rasulullah s.a.w telah bersabda, ertinya: "Ada 2 kelompok penghuni neraka yang belum pernah aku melihatnya, iaitu : suatu kaum yang bersamanya cemeti seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang, dan wanita-wanita berpakaian tetapi bertelanjang, kepalanya seperti punuk unta yang senget, mereka tidak akan masuk syurga, tidak juga dapat mencium bau syurga, sesungguhnya bau syurga dapat dicium dari jarak ini dan itu."
(Hadis Riwayat Muslim)


Saudari-saudariku, perhatikanlah ancaman yang sangat menyeramkan dan juga azab yang amat pedih itu bagi wanita yang merasa bangga dengan kecantikannya di hadapan lelaki yang bukan mahramnya. Sejenak dia kelihatan gembira dan bahagia, padahal di akhirat kelak, perbuatan itu merupakan salah satu faktor diharamkannya memasuki syurga, dan sebaliknya akan dimasukkan ke dalam neraka.

katakan tak nak pada tabarruj!!!

Semoga Allah senantiasa memberikan keampunan kepada kalian wahai saudariku, atas kekhilafan kalian memperlihatkan perhiasan di hadapan lelaki yang bukan mahram kamu, baik secara sengaja tidak mengenakan hijab yang telah ditetapkan syari'at mahupun dengan memakai wangi-wangian pada setiap kali keluar rumah supaya mereka (lelaki) mencium baunya. Sesungguhnya itu akan mendatangkan siksaan dan azab Allah pada hari kiamat kelak.

Wallahu 'Alam.
 

Maha Agung Tuhan Pencipta Keindahan Alam Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template