Rabu, 18 November 2009

Bolehkah Aku Menjadi Seorang Kartunis Suatu Hari Nanti


Assalamu'alaikum kepada semua pembaca...

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t, kita masih lagi dapat menghirup udara milik Yang Maha Pencipta, degupan jantung masih lagi berdegup menandakan nyawa masih lagi dikandung badan, seterusnya meneruskan kehidupan seperti sediakala, bak kata orang putih "Life Must Go On". Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.

Posting kali ini berkenaan kebolehan atau bakat kurnian Allah kepada ku iaitu melukis. Bolehkah aku menjadi seorang kartunis atau pelukis suatu hari nanti??? hmmmmm....i don't think so, skang ni pun study kat Al-Azhar Kuliah Usuluddin, bukannya study kat UiTM shah alam ke ambil jurusan art atau lukisan. Tapi boleh jadi untuk jadikan ia sebagai kerja part time ku ke nanti.hehe...

Sebelum ni lepas keluar result SPM ada niat jugak nak sambung study di Uitm Shah Alam ambil bidang lukisan ni, memang minat sangat melukis,tapi tu lah...kita merancang Allah juga merancang, tetapi perancangan Allah itu lebih baik. Rezeki sambung study ku di sini dan aku percaya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya...

Lukisan ni aku lukis time lepas jadi musyrif untuk Bait Aqlima dan Bait Athirah (rumah timbalan sape tu ye,hehe..) tak tau nak buat apa lepas tu. Mood untuk study tak de plak (jangan ikut perangai macam ni,pemalas) kat rumah aku duduk seorang diri, din (housemate) keluar dengan mat anip pergi mana entah, syakir (housemate) pergi melawat syazamir yang baru beberapa hari pulang dari malaysia, mie (housemate) pergi tengok bola Mesir Vs Al-Jazair (mesir kalah 1-0,hahaha) tak tau nak buat apa terlintas di fikiran untuk melukis,haaaaa.....apa lagi,ambil pensil, ambil paper A4, pemadam dan pen inking untuk aku mulakan melukis.

Kalau tengok character lukisan ni macam ambil character kartunis lain pun ada,hehehe...tapi ni memang aku yang lukis sendiri ye,takda tekap2 punya,hehehe...Siap sedia untuk melukis tapi masih belum ada idea untuk lukis apa. Teringat time bengkel karikatur program asah bakat kat dewan hari tu. Nak lukisan yang tepat perlulah buat anatomi dulu, supaya senang untuk melukis character ketika hendak melukis. Anatomi ini adalah garisan atau lakaran awal seperti orang lidi sebelum melukis character secara terperinci. Lukisan akan kelihatan tepat dan cantik jika berdasarkan garisan anatomi tersebut. Tapi bagi aku, takdanye nak wat garisan anatomi ni, lukis main bantai je..hehehe...ambil pensil dan kertas terus melakar n melukis. Biasalah..aku ni bukannya pelukis professional macam kartunis-kartunis yang hebat kat Malaysia atau Jepun tu.

Jari jemari ini melukis dan terus melukis, hampir siap untuk lakaran awal seterusnya untuk inking pula. Pen inking yang digunakan adalah jenis uni pn (water & fade proof.pigment ink). Dengan ukuran mata pen 0.1 & 0.5, memang selesa guna pen ni ketika inking.Lukisan akan nampak lebih menarik. Tangan pun dah penat, masa untuk berehat sebentar bersama milo. Pergi dapur buat air milo yang ustazah Bait Mujahidah bagi (terima kasih ya ustazah)

Siap untuk inking lukisan pertama. Bagi aku, aku puas hati bila melukis, apatah lagi bila lukisan ku sudah siap,wahhhh..cantiknya lukisan ku ini (memuji diri plak,ish..ish..). Aku terus melakar dan melukis untuk lukisan yang seterusnya. Akhirnya aku dapat melukiskan dalam 3 lukisan. Bermula jam 12 lebih tengah malam waktu mesir sampailah jam 3 lebih pagi, tak tidur plak tu esok macam mane nak pergi kuliah (jangan ikut perangai macam ni). Macam ni lah aku bila mood untuk melukis tu datang. Berjam-jam melukis sampai tak sedar subuh akan menjelang, dah minat melukis nak buat macam mane kan...




Ini lukisan pertama aku. Hmmmm...bagiku nampak cantik dan oklah, tapi tak taula pendapat or comment pembaca semua :) untuk paparan original size, sila klik pada lukisan tersebut.



Dan yang ni pula lukisan kedua aku. Duduk tenang muhasabah diri :) bagi aku still nampak cool dan cantik. So bagi pendapat pembaca macam mana? untuk paparan original siza sila klik pada lukisan tersebut :)


Yang ni pula lukisan aku yang last time tu. Lukisan ni mengingatkanku pada kata-kata mama. Kata-kata semangat yang diberikan. Nampak simple and look nice la :) comment anda bagaimana? macam biasa untuk paparan original size klik pada lukisan ya.. :)

Siap 3 lukisan 1 malam. Kembali pada tajuk " bolehkah aku menjadi seorang kartunis atau pelukis suatu hari nanti?", tentu boleh jika ada kesungguhan dan kesabaran yang tinggi, bukan senang nak melukis ni, kadangtu tension juga kalau lukisan tak menjadi, kena banyak berlatih untuk melukis yang penting selain bakat, asas untuk melukis tu kena ada dan perlulah belajar ya :) . Haaa...lagi 1, skang ni tengah study kan...nasihat pada diri jangan asik nak melukis je, kang study dan pelajaran terabai plak, rajin-rajinlah pergi kuliah dan jangan malas pula nak baca kitab kuliah, kang penuh dengan lukisan pula kitab tu, bukannya nak cari maksud ayat..heheheee...

Pandangan dan comment anda amat saya hargai, untuk perbaiki kelemahan yang ada pada lukisan saya ni. Dengan melukis ni mudah-mudahan boleh dijadikan medan atau medium untuk berdakwah. Berdakwah bukan hanya di masjid semata-mata tetapi skop dan makna dakwah itu meluas dan dengan karikatur juga, ia boleh dijadikan satu medan atau menyampai mesej dakwah dalam lukisan InsyAllah....

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Maha Agung Tuhan Pencipta Keindahan Alam Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template