Jumaat, 29 Mei 2009

Berbual-Bual Antara Ikhwah Dan Akhwat Yang Bukan Mahram Di Telefon


Assalamualaikum sahabat semua..

Kali ini posting tentang permasalahan, apakah hukumnya berbual-bual antara ikhwah dan akhwat yang bukan mahram di telefon?


sekadar gambar hiasan

Islam mengharamkan tiap-tiap perkara yang membawa kepada fitnah. Islam melarang golongan wanita menghentakkan kaki ke bumi sehingga memperdengarkan bunyi gelang kakinya itu akan menimbulkan syahwat kepada sesetengah lelaki. Firman Allah yang bermaksud :

" Dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka untuk diketahui apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka " Surah An-Nur : 31

Ayat inilah yang menjadi dalil bagi mazhab Imam Hanafi yang mengatakan suara orang perempuan adalah aurat kerena memperdengarkan bunyi gelang kaki pun dilarang, inikan pula suara wanita itu sendiri. Maka sangatlah mubalaghoh dan lebih-lebih lagilah dilarang.

Mengikut pendapat mazhab Imam Syafie dan sebagai mewakili bagi jumhur ulama' fiqh, menyatakan bahawa suara wanita bukanlah aurat kerana wanita diharuskan berniaga dan diterima saksi dihadapan khadi yang mana kesemua itu tidak dapat dikehendaki dengan mengangkat suara. Dr Yusof Qhardhawi dalam kitabnya "Fatawa Muasoroh" ada menyebutkan banyak dalil mengapa suara wanita bukanlah aurat.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 35 yang bermaksud :

" Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri nabi, maka mintalah dari sebalik tabir. "

Bertanya menuntut kepada jawapan, ini adalah kelakuan umahatul mukminin r.a ketika mana mereka mengeluarkan fatwa kepada yang bertanya dari kalangan lelaki dan meriwayatkan hadis daripada mereka. Kalau suara wanita merupakan aurat, bagaimana mereka mahu berfatwa?

Seterusnya sering diajukan kepada Rasulullah s.a.w soalan-soalan dari kalangan wanita yang ketika itu berada dihadapan kaum lelaki padahal Rasulullah akur dan tidak menegur mereka sebagaimana bayak cerita yang terdapat dalam hadis-hadis sohih.

Berkata Imam Alusi di dalam tafsirnya "Ruhul Ma'ani" juzu' ke-8 muka surat 146 bahawa suara wanita bukanlah aurat dan tidak haram mendengarnya selama mana tidak menimbulkan fitnah, maka hukumnya haram mutlak.

Wallahu A'lam.

1 ulasan:

MalopeTrifida on 2 Jun 2009 pada 8:25 PTG berkata...

salam..syukran tuk info yg bergune ni....

Catat Ulasan

 

Maha Agung Tuhan Pencipta Keindahan Alam Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template