Assalamualaikum....
Beginilah keadaan kaum Hawa....
Wanita tidak pernah terpinggir kecuali pada zaman kelemahan,keruntuhan dan kemunduran.Walaupun kita menyatakan bahawa muslimah wajib memelihara keperibadian Islamnya, bukan bermakna mereka dipinggir dalam kehidupan atau dinafikan hak-hak mereka.
wanita bukan sahaja berhak menerima pendidikan malah diwajibkan menimba ilmu. Akan tetapi methodnya mestilah selari dengan fitrah dan karakternya kerana wanita tetap wnita...sebagaimana firman Allah Taala :
maksudnya : " Demi malam apabila menutupi (cahaya siang), dan siang apabila terang benderang, dan penciptaan laki-laki dan perempuan. " surah Al-Lail : 1-3
Sebagaimana Allah menciptakan pasangan malam dan siang, begitulah juga diciptakannya pasangan lelaki dan wanita, kehidupan tidak akan sempurna tanpa malam dan siang, begitulah perihalnya lelaki dan wanita. Firman Allah Taala yang bermaksud :
" Dan setiap sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan. " surah Adz-Dzariyat : 49
Tuhan menciptakan segala yang ada secara berpasang-pasangan. Sedangkan ciptaanNya yang tidak bernyawa seperti kuasa elektrik pun terdiri daripada cas positif dan negatif, apatah lagi lelaki dan wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain.
Wanita bukan seteru kaum lelaki dan bukan pula lelaki seteru kaum wanita, atas dasar itu Allah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud :
" Lalu Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman) : " Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik lelaki atau perempuan kerana sebahagian kamu adalah keturuan dari sebahagian yang lain. "
Ini bererti wanita sebahagian daripada lelaki dan lelaki sebahagian daripada wanita. Lelaki memerlukan wanita dan begitulah sebaliknya. Justeru wanita tidak wajar memusuhi dan cuba menandingi lelaki malah mereka sebagai pelengkap kaum lelaki.
Ketika Allah mencipta Adam dan menempatkannya di dalam syurga, Allah tidak membiarkannya seorang diri kerana tiada ertinya hidup keseorangan walau di syurga. Maka Allah menjadikan Hawa di sampingnya seraya berfirman yang maksudnya :
" Tinggallah kamu bersama isterimu di syurga. "
Syurga tanpa Hawa tidak memberi sebarang makna, oleh sebab itu Allah berfirman yang bermaksud :
" Dan daripadanya dia menciptakan isterinya dia merasa senang kepadanya. "
Lelaki daripada wanita dan wanita daripada lelaki. Tidak wajar bagi seorang wanita bercita-cita untuk menandingi atau menentang lelaki. Muslimah tidak sepatutnya menjadikan diri mereka sebagai pencabar lelaki, berbuat apa yang mereka buat dan memakai apa yang mereka pakai.
keadaan dunia kini sudah terbalik, wanita mahu menjadi lelaki dan lelaki pula berlagak seperti perempuan.
Lelaki harus kekal dengan kelakiannya, wanita pula perlu kekal dengan kewanitaannya. Apabila lelaki tidak mempertahankan kelakiannya begitu juga dengan wanita, maka dunia ini tiada ertinya lagi. Oleh kerana itu Nabi Muhammad s.a.w melarang lelaki memakai pakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki. Baginda s.a.w melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita begitu juga sebaliknya supaya setiap mereka dapat menjaga fitrah asal kejadian mereka.
Justeru itu, kita berharap agar muslimah dapat menjaga keperibadian dan kewanitaanya, tidak menandingi kelakian kaum Adan bahkan membatunya dalam melaksanakan tanggungjawap. Dia hendaklah berkerja dalam ruang lingkup yang sesuai dengan fitrah kewanitaannya seperti guru,doktor dan jururawat wanita daripada membiarkan jururawat atau doktor lelaki membuat pemeriksaan ke atasnya yang mana mungkin juga mereka bukan dari golongan muslim, begitu juga berkerja sebagai juru jual pakaian dalaman wanita dan sebagainya.
Wallahu 'Alam.
Isnin, 11 Mei 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan